Selain dari penalti dalam bentuk kewangan, MyCC juga mengarahkan pihak terbabit supaya berhenti dan melarang pemberian diskaun serta kadar upah tersebut.
MyCC bertegas bahawa diskaun dan kadar upah perlu ditetapkan secara bebas oleh penanggung insurans dan bengkel.
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertanggungjawab terhadap industri insurans negara, tindakan MyCC ini akan menyebabkan perselisihan yang berpanjangan berhubung dengan bayaran tuntutan insurans bagi kerja pembaikan.
"Aturan PARS sebenarnya telah pun dipersetuji oleh Persekutuan Persatuan Pemilik Bengkel Kereta Malaysia (FAWOAM)," ujar seorang sumber yang rapat dengan industri tersebut.
"MyCC langsung tidak mahu memahami bahawa antara sebab proses ini dilakukan ialah ia membantu menyegerakan proses tuntutan. Tempoh proses pembaikan kenderaan sudah disingkatkan sehingga 55 peratus tetapi dengan tindakan MyCC, pengguna sekarang terpaksa menunggu dengan lebih lama lagi.
Paling penting, PIAM mampu mengawal mutu dan prestasi kerja bengkel-bengkel terbaik, termasuk mengawal kes-kes penipuan," tambahnya.
Tindakan MyCC dilihat akan memberi efek seperti di bawah:
- Tempoh tuntutan dan pembaikan kenderaan insuran semakin lama.
- Pengguna mugkin terpaksa membayar ansuran bulanan kepada pihak bank walaupun kenderaan belum boleh digunakan.
- Kes penipuan tuntutan sukar dikawal.
- Tidak ada insentif untuk operator-operator bengkel yang efisien dan jujur.
Dalam masa yang sama, BNM menegaskan mereka akan mengikut proses yang sewajarnya dan untuk aduan umum dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi BNMTELELINK di 1-300-88-5465 atau emel mereka di [email protected]