Kenderaan Singapura perlu pasang alat pengesan untuk masuk Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|

 

Malaysia akan mula mewajibkan kenderaan-kenderaan dari Singapura yang masuk ke Malaysia dipasang dengan alat pengesan Vehicle Entry Permit (VEP).

Menteri Pengangkutan, Liow Tiong Lai berkata tag VEP akan dipasang pada kenderaan yang memasuki Malaysia dari tambak Johor dan Second Link dan ia sedang melalui proses percubaan sehingga awal bulan hadapan.

"Ia akan mula diedarkan pada pertengahan bulan April nanti," ujar Menteri tersebut.

"Alat pengesan VEP akan mengelakkan kenderaan Singapura dari diklonkan dan dijual semula di dalam negara," sambungnya lagi.

"Ia juga akan menghalang kenderaan yang mempunyai saman tertunggak dari meninggalkan negara."

Sistem VEP ini berharga RM25 dan perlu dibayar oleh kenderaan yang mahu masuk ke Malaysia. Setiap VEP yang dibeli akan tahan selama lima tahun.

Tag VEP akan mengandungi cip maklumat dan juga sistem frekeunsi radio RFID yang akan disekalikan bersama sistem bayaran atas talian yang dihasilkan oleh pembuat kad tol terbaik dunia, Touch 'n Go.

"Suatu hari nanti tag RFID pada VEP ini akan menggantikan sistem Touch 'n Go," sambung tuan menteri itu.

Buat masa sekarang, setiap kenderaan Singapura akan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM20.

 

Add new comment

banner articles