Katanya, pelaksanaan peraturan itu adalah sejajar dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia bagi memastikan kenderaan perdagangan mematuhi tahap keselamatan serta peraturan yang ditetapkan.
"Perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat Anggota Lembaga LPKP Sabah pada 27 Feb lalu serta Seksyen 19(2), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah yang mana peraturan ini terpakai kepada semua jenis urusan permohonan baharu, memperbaharui, permohonan semula serta ubah syarat lesen kenderaan perdagangan," menurut kenyataan pada Jumaat.
Menurut kenyataan itu, bagi pelesen yang ingin memasang GPS pada kenderaan mereka, pemasangan hendaklah dibuat oleh syarikat yang diperakui oleh mesyuarat anggota lembaga LPKP Sabah, yang boleh disemak menerusi laman sesawang LPKP Sabah.
Bagaimanapun, katanya, LPKP Sabah boleh membenarkan mana-mana pelesen yang telah memasang atau ingin memasang alat GPS daripada syarikat yang tidak disenaraikan, dengan syarat memenuhi parameter yang ditetapkan oleh LPKP Sabah.
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman sesawang LPKP Sabah https://www.lpkpsabah.gov.my.