Kenderaan buruk terbiar - siapa ada kuasa untuk alihkan?

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pastinya kita ada melihat kenderaan-kenderaan lama yang dibiarkan tersadai di tepi jalan selama beberapa bulan, malah ada yang bertahun.

Kadang-kala, kenderaan tersebut menghalang penglihatan pengguna jalanraya lain dan sering kali, ia menyakitkan mata.

Menurut Seksyen 65 Ordinan Pengangkutan Jalan 1987 atau Akta 333, kenderaan yang menjadi penghalang kepada orang awam atau menyusahkan orang awam dan menyebabkan keadaan merbahaya boleh dialihkan.

Menurut akta tersebut, hanya ada tiga penguat-kuasa yang layak untuk mengalihkan kenderaan tersebut dan mereka adalah:

1. Pegawai Polis

2. Datuk Bandar atau wakilnya

3. Ketua Pengarah bagi lebuhraya (jika kenderaan dibiarkan di atas lebuhraya)

Menurut undang-undang tersebut, kenderaan terbiar itu boleh dialihkan ke tempat yang sesuai dan risiko terjadi apa-apa kepada kenderaan itu ditanggung oleh pemilik kenderaan itu sendiri. 

Malah, kenderaan itu boleh ditahan sehingga pemiliknya membayar kos pengalihan tersebut.

Polis, Datuk Bandar atau pihak lebuhraya juga tidak boleh dikenakan sebarang tindakan jika ada kerosakan berlaku kepada kenderaan itu semasa ia dialihkan atau terjadi semasa ia berada di lokasi yang dipindahkan.

Antara prosidur yang perlu dilakukan ketika kenderaan itu berada di dalam pengawasan pihak berkuasa ialah mereka boleh melelongkan kenderaan-kenderaan itu selepas kenderaan itu tidak dituntut melebihi tiga bulan dan selepas sebulan notis dihantar kepada pemilik.

Diharapkan kepada kita semua jangan dengan senang meninggalkan kenderaan-kenderaan lama kita di kawasan awam sehingga ia menjadi beban kepada orang lain.