Kenapa Stephen Langitan pilih Versys X 250 untuk tunggang solo ke London

oleh SALINA JALIL|
"Any Road, Any Time", dengan menanam impian berikut, Stephen Langitan yang berusia 53 tahun telah memulakan perjalanan sejauh 2,000 km dari Jakarta ke Sumatra dan seterusnya tiba di Kuala Lumpur sebelum bergerak ke sempadan Thailand esok.

Apa yang pasti perjalanan beliau akan menjelajahi 26 negara dan merangkumi sejauh 30,000 km dan telah dibuat perancangan teliti agar ketibaan beliau ke kota London adalah pada Hari Kemerdekaan Indonesia yang ke 73 pada 17 Ogos 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Apa yang menarik adalah pengembaraan beliau adalah secara solo dengan menunggang motosikal Kawasaki Versys X 250 yang standard tanpa modifikasi yang berat walaupun beberapa penambahbaikan telah dibuat agar ia sesuai untuk sesi pengembaraan beliau.

 

stephen

 

Apabila ditanya kenapa Kawasaki Versys X 250 yang dipilih untuk penjelajahan beliau, jawapan Stephen adalah seperti berikut:

- Versys X ini ringan, jadi sekiranya terjatuh pun masih mampu mendirikan semula motosikal tersebut. Dan dengan menunggang motosikal yang ringan, kegunaan tenaga fizikal juga kurang dan lebih santai.
- Jimat minyak kerana Versys ini didatangkan dengan 17 liter tank di mana ia mampu mencapai 450 km dengan penggunaan minyak cuma  satu liter untuk jarak 30km.
- Versys X sesuai untuk penunggangan luar bandar di mana keadaan jalan kurang memuaskan seperti perjalanan beliau dari Jakarta ke Sumatera yang disifatkan sebagai salah satu perjalanan yang amat mencabar.  Dan Versys X juga sesuai untuk jalan raya dan lebuhraya. 

 

Kami juga telah bertanya tentang kos modifikasi motosikal Stephen yang telah dicat dengan warna bendera Indonesia iaitu merah dan putih. 

- penambahan lampu spot light berharga 2.5 juta rupiah.
- Panniers penyimpanan barang 5 juta rupiah untuk satu set.
- customization di bahagian depan berharga 5 juta rupiah.
- ekzos adalah standard.
- tayar Metzeler jenis tubeless dan bersaiz 19" di depan dan 17" di belakang.

Dan apa yang paling menarik adalah beliau juga berjaya membawa dapur kecil, kerusi, meja, khemah, laptop, drone, gps, beg cable selain pakaian dan sedikit bekalan makanan. Siri pengembaraan juga mendapat beberapa penaja seperti:

- Pertamina Lubricant
- Kawasaki Motors Indonesia
- Bosch (Germany) untuk lampu tambahan dan hon
- Metzeler untuk tayar
- LNG Insuran
 

 

Apakah persediaan yang perlu dibuat untuk misi solo ini? Stephen berkata apa yang perlu adalah semangat yang tekad dan nekad, sanggup mencabar diri sendiri berserta niat yang ikhlas kerana tujuan beliau memulakan pengembaraan ini adalah untuk memberi inspirasi kepada generasi muda dan tidak perlu gopoh atau menunggang dengan kelajuan, cukup sekadar bersantai sahaja dengan kelajuan cuma sekitar 80 ke 90 km/hr kerana tiada apa yang perlu dikejarkan tetapi perlu mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal yang kental. Beliau menetapkan had perjalanan adalah 400 km sehari sahaja dan mendapat rehat dan tidur yang cukup. 

Stephen juga memberi peringatan bahawa sebelum memulakan perjalanan, pastikan segala kelengkapan telah dibuat apatah lagi melibatkan kawalan sempadan yang berbeza dari sebuah negara ke negara berikut. Pengiraan masa yang tepat juga amat penting dan perlu mengikut jadual yang telah dibuat, lebih-lebih lagi untuk negara yang memerlukan visa untuk ke sana.
 

 

Sedikit latarbelakang Stephen Langitan, beliau pernah berkhidmat dengan sebuah syarikat insuran di Jakarta sebelum bergiat di dalam blog automotif dan masih kekal aktif di blog beliau iaitu www.stephenlangitan.com
Beliau telah berumahtangga dan ahli keluarga beliau memahami dan memberi sokongan kepada siri pengembaraan beliau ini. Selain Kawasaki Versys X ini, Stephen juga memiliki sebuah lagi motosikal di Indonesia iaitu Suzuki Inazuma 250cc.

Kami tanyakan kenapa lokasi yang dipilih adalah London, jawapan beliau adalah 'dari hujung benua Asia Tenggara ke hujung benua Eropah'. Stephen akan berada di London selama tiga hari sahaja sebelum pulang ke Indonesia dengan menaiki kapal laut. Stephen juga akan menulis buku selepas tamat misi pengembaraan beliau nanti untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada generasi muda.

Careta kagum dengan semangat dan cita-cita yang jelas kelihatan pada Stephen dan yakin beliau akan berjaya dengan misi pengembaraan ini. Semoga dipermudahkan perjalanan beliau. Dan kami masih terdengar suara Stephen yang berkata 'how can you enjoy your ride if you only want to ride fast, to enjoy your ride you have to take it easy and not speeding all the way' (bagaimana anda boleh menikmati perjalanan anda sekiranya anda cuma mahu cepat sampai, untuk menikmati perjalanan anda, anda perlu santai dan bukan dengan memecutkan motosikal anda sentiasa).
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hak pengedaran tersebut kini dipenuhi oleh Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat Motosikal…
Berita Domestik
Keputusan itu dibuat oleh barisan lembaga pengarah KMSB mengambil kira beberapa perkembangan…
Berita Global
“Pelaburan dalam bentuk motosikal retro atau klasik adalah lebih menguntungkan dan disamping itu,…