Kenapa Perodua Axia E tidak ada ABS

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Perodua Axia E yang dilancarkan baru-baru ini hadir dengan harga rahmah serendah RM22,000 dan disasarkan kepada mereka yang mahu kenderaan mampu milik untuk keluarga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu mantan Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong mengatakan ia sepatutnya hadir dengan kadar keselamatan yang lebih tinggi.

Menurut siasatan Careta, Perodua Axia E itu diklasifikasikan sebagai Axia yang dilancarkan dalam tahun 2014.

Ini bermakna ia tidak perlu menurut piawaian homologasi terkini Kementerian Pengangkutan yang memerlukan ciri ABS dan ESC sebagai alatan standard (bermula tahun 2020).

 

2

 

Pencapaian 4-bintang Asean NCAP yang diterima oleh Axia E juga adalah berdasarkan ujian dan standard yang digunakan oleh Asean NCAP pada ketika itu.

Pada pandangan Careta, ABS adalah satu ciri asas yang perlu pada kenderaan, terutama untuk kenderaan ringan dan menggunakan tayar yang bersaiz kecil.

Ini ialah kerana tanpa sistem ABS, tayar akan mudah terkunci bila brek mengejut dilakukan, terutama pasa permukaan basah.

Beberapa kes kemalangan yang telah berlaku sebelum ini di mana mangsa mengadu “stereng tidak boleh dikawal” sebenarnya adalah berpunca dari brek hadapan terkunci dan kenderaan enggan membelok.