Kenapa Double R buatan Indonesia lambat masuk?

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pasti ramai yang bertanya kenapa wakil Honda tempatan, Boon Siew Honda Malaysia lambat membawa masuk model CBR 250RR ke pasaran tempatan dan masih menjual model CBR 250 yang lama.

Sebelum itu, perlu difahamkan bahawa negara Malaysia mempunyai spesifikasi homologasi kenderaan yang paling ketat di Asean - di mana negara kita mengikuti homologasi UN ECE. 

Ini bukan bertujuan untuk merumitkan kemasukan kenderaan baharu dari dijual di Malaysia tetapi untuk memastikan mutu dan keselamatan kenderaan yang hendak dibawa masuk mesti mengikuti spek standard UN ECE yang bertaraf Eropah.

Jika tidak, akan ada syarikat yang membawa masuk kenderaan yang tidak mempunyai nilai keselamatan yang tinggi dan akan mengakibatkan kematian di dalam kemalangan.

Honda CBR 250 double R

Untuk model Honda CBR 250RR 2017, ini adalah model CBR pertama dengan spek RR yang menggunakan enjin dua-silinder berkembar. 

Sebelum ini CBR 250RR menggunakan enjin empat-silinder (tahun 1990 - 1996).

Perubahan itu dilakukan kerana CBR 250RR dibina khusus oleh Astra Honda Motor di Indonesia, untuk pasaran Indonesia sebagai keutamaan, dan kemudian di eksport ke bebera negara termasuk Jepun.

PT Astra Motor

Ia adalah produk dari Astra Honda Motor Indonesia, sama seperti zaman dahulu apabila Yamaha membina model 125Z khas untuk Hong Leong Yamaha bagi pasaran tempatan.

Undang-undang homologasi di Jepun untuk motosikal dengan enjin kapasiti 250cc sangat berlainan dan lebih mesra kerana ia tidak dijual dalam jumlah yang banyak.

Kerana itu, CBR 250RR ini masih tidak boleh dieksport dari Indonesia ke US atau ke Eropah.

Oleh kerana Malaysia mempunyai homologasi UN ECE yang sama seperti di Eropah, model CBR 250RR itu perlu dilakukan pelbagai perubahan pada spesifikasi sebelum dibenarkan dibawa masuk.

Sumber berita dari Boon Siew memberitahu proses itu memang sedang berjalan dan ia akan dilancarkan di Malaysia pada tahun hadapan.

Pasaran US dan Eropah juga berminat untuk mengimport model itu dari kilang PT Astra Honda Motor di Karawang, Indonesia.

CBR di pasang di PT Astra di Karawang

Syabas kepada Indonesia kerana akan bakal berdiri setanding dengan Thailand dan mengeksport model motosikal ke negara maju.

Thailand sudah pun mengeksport motosikal seperti Triumph, Ducati, BMW dan Kawasaki ke seluruh dunia. 

Thailand juga menjadi hab R&D dan pembuat trak pikap dunia dan produk pikap mereka dieksport ke serata dunia.

Sementara di Malaysia kita masih terdengar bunyi cengkerik, walaupun paluan kompang dah berkali-kali kami dengar.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…