Kenapa ada orang tidak suka kemasan kulit?

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tempat duduk dan kabin kenderaan sering diberikan pilihan balutan kulit untuk nampak lebih mahal, dan seringkali kita akan berfikir yang mahal itu adalah lebih bagus.

Kita selami beberapa alasan yang dikemukakan oleh pemilik kereta yang TIDAK SUKA kemasan kulit untuk kenderaan mereka.

leather smell

1. Bau kulit itu palsu

  • Masuk ke dalam kereta mewah dan bau kulit mahal semerbak mmemasuki lubang hidung kita.
  • Sebenarnya, bau kulit itu palsu. Kulit sebenarnya mempunyai bau yang busuk, kecuali ada yang suka bau lembu.
  • Yang menjadikannya wangi ialah alat kimia yang digunakan ketika proses menjadikannya kulit komersil.
  • Contohnya, bau English Leather direka khusus untuk sarung tangan kulit Raja George III.

2. Harganya tidak berbaloi

  • Harga tempat duduk kulit selalunya sangat mahal, walhal ramai yang tidak tahu bahawa di bahagian tepi dan belakang tempat duduk itu tidak menggunakan kulit sebenar.
  • Kerana itu ada terma “half leather” dan “full leather”, dan yang “full leather” itupun belum tentu kulit asli sepenuhnya.

Jeep Wrangler Traction control ons tje side-246

3. Penjagaan kulit leceh

  • Memang benar, walaupun kulit mudah dibersihkan bila tertumpah air, balutan kulit memerlukan pernjaan khas untuk memastikan ia tidak merekah atau menjadi keras.
  • Anda boleh menghantarnya ke kedai pakar kulit atau anda beli sendiri “leather food” dan pelembut kulit untuk memastikan ia tahan lama.

4. Kulit cepat nampak tua

  • Balutan kulit akan menampakan usianya selepas beberapa tahun. Ia akan mula berkedut dan merekah, terutama di bahagian yang sering tergeser.
  • Contohnya, bahagian tepi kerusi di bahagian pemandu.

BMW 335 Luxury-27

5. Kulit sebenarnya berat!

  • Balutan kulit sebenarnya berat, dan jika anda menggunakan fabrik, anda mampu mengurangkan berat keseluruhan kenderaan sebanyak 4 ke 5 kg.

6. Kebanyakan menggunakan kulit murah

  • Pasti anda boleh merasa perbezaan kualiti kulit antara kenderaan-kenderaan yang menggunakannya.
  • Melainkan ia jenama mewah, syarikat kereta biasa akan menggunakan kulit gred rendah yang keras dan tidak sedap disentuh.

_DSC5723

7. Anda mudah tergelongsor

  • Kerusi dengan balutan fabrik lebih mencengkam tubuh penumpang.
  • Balutan kulit lebih licin dan dalam kemalangan, mungkin anda akan menggelongsor ke bawah dan terselinap dari tali pinggang keledar, melainkan tempat duduk anda ada fungsi anti-submarining.

8. Cepat panas

  • Untuk cuaca kita, balutan kulit lambat hendak sejuk bila kenderaan dibiarkan di bawah terik matahari.
  • Ia juga cepat panas bila parkir di tengah panas.

Porsche Cayenne Diesel S-37

9. Tidak selesa!

  • Ada balutan kulit yang sangat keras, ia tidak “memberi” bila anda duduk di atasnya. Hasilnya, anda duduk “di atas kerusi” dan bukannya di dalam kerusi.
  • Sebelum anda mengambil pilihan balutan kulit dan membayar ribuan RM, minta wakil penjual menunjukan kereta dengan lapik kulit yang akan diberikan. Lihat kualiti dan duduk di atas tempat duduk itu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Subaru XV 2.0i-P menampilkan ciri eksklusif iaitu tempat duduk balutan Leather Suede Deluxe…
Berita Domestik
DK Leather Sdn Bhd (DKL), vendor tempat duduk kulit untuk banyak jenama-jenama kenderaan kini mahu…
Berita Global
Malah, mereka kini sedang meneroka cara untuk menjadi lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar…