Ketiga-tiga kereta tersebut akan dijual menerusi LBI Limited di mana Ford RS200 Evo itu kini ditawarkan pada harga bermula dari $550,000 (RM2.28 juta)!
Ford RS200 Evo 1986 merupakan salah sebuah daripada 200 unit yang dibina khas bagi memenuhi regulasi perlumbaan rali Group B, dan lebih istimewa hanya 24 unit sahaja yang didatangkan khas dengan spesifikasi Evo.
Casis bernombor #80 itu didatangkan dengan enjin 2.1 liter BTD-E yang mampu menghasilkan sehingga 700 kuasa kuda atau 800 kuasa kuda dengan menggunakan bahan api perlumbaan.
Ketika ia mula diperkenalkan, RS200 berupaya menghasilkan 420 kuasa kuda dan pada boost maksimum 1.6 bar, ia mampu menghamburkan sehingga 580 kuasa kuda!
Digandingkan dengan casisi yang ringan dan sistem pacuan semua roda, RS200 Evo yang dipandu oleh Stig Blomqvist pada ketika itu berjaya mencapai pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.07 saat, dan rekod tersebut bertahan selama 12 tahun.
Selain daripada itu, terdapat juga Ford Fiesta 2013 yang ditampilkan pada siri Gymkhana Six, Eight dan Terrakhana, serta ia meruapakan unit yang dipandu oleh Block ketika mencapai kemenangan pertama di dalam Global Rallycross.
Enjin 2.0 liter turbo itu mampu menghasilkan 600 kuasa kuda dan 881 Nm itu kepada semua roda menerusi transmisi sekuential Sadev enam kelajuan, diff belakang Sadev dan unit differential release tengah.
Tidak ketinggalan, Ford Fiesta 2011 GYM3 yang merupakan bintang utama di dalam Gymkhana Three, menampilkan enjin 2.0 liter Duratec turbo yang menghamburkan 600 kuasa kuda dan 895 Nm, dipadankan dengan transmisi sekuential paddle shift enam kelajuan.
Sumber: LBI Limited