Kempen terbaru dari Shell-Drive On

oleh DIANA ISMADI|
Shell hari ini telah melancarkan kempen terbaru iaitu “Drive On” yang dibawakan oleh minyak pelincir sintetik sepenuhnya iaitu Shell Helix Ultra.

Tujuan utama kempen ‘Drive On’ dari Shell Helix Ultra ini ialah untuk memberikan inspirasi kepada pemandu dan pemilik bengkel untuk mengatasi cabaran seharian dan meneruskan semangat mereka terhadap pemanduan dan pengembangan perniagaan mereka.

 

“Bukan mudah bagi para pemandu untuk benar-benar memahami kepentingan minyak motor, dan lebih susah lagi bagi pihak bengkel untuk menyedarkan pemandu supaya mengambil berat dalam hal tersebut kata Pengarah Eksekutif Shell Lubricants – Asia Tenggara & Oceania, Troy Chapman.

 

Shell Drive on

 

Teras kempen ini adalah program kesetiaan pelanggan dan perniagaan bersepadu yang dikenali sebagai ‘Shell Advantage and Rewards’ (SHARE).

 

Dapatkan penukaran minyak pelincir anda yang keempat secara percuma menerusi program ini apabila anda telah menukar minyak pelincir Shell Helix Ultra sebanyak tiga kali di mana-mana outlet yang terlibat.

 

Shell Helix Drive On

 

Bukan itu sahaja, anda juga akan mendapat peringatan untuk menukar minyak pelincir dan pelbagai tawaran terkini daripada Shell. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pengesahan jaminan produk Shell Helix yang asli hanya melalui sms.

 

Waranti enjin yang unik dan pertama seumpamanya di pasaran ini kini merupakan sebahagian daripada program SHARE.

 

Bagi anda yang mempunyai kereta berusia di bawah lapan tahun dan perbatuan kurang daripada 150,000 km, anda juga layak untuk mendapatkan Waranti Enjin Shell Helix (SHEW) secara percuma bila anda menjalankan servis kereta dengan Shell Helix Ultra, High Mileage atau HX7. Pendaftaran dalam talian yang mudah di www.shell.com.my/share.

 

Shell Drive On Campaign

 

Pertama sekali, anda perlu mendaftar untuk Shell Advantage Reward dan beli Shell Helix Ultra, High Mileage, HX7, atau HX5 untuk penukaran minyak pelincir dimana-mana outlet yang mengambil bahagian. Setelah membeli, anda akan mendapat e-voucher bernilai RM15 daripada Lazada untuk pembelian pertama ini.

 

Ini termasuklah baucar bagi seluruh gedung di Lazada bagi pendaftaran kali pertama dengan pembelian, tawaran tiga dalam satu bagi pembelian Shell Helix Ultra, peringatan untuk penukaran minyak dan promosi bermusim.

 

Untuk mempermudahkan lagi program ini, Shell telah menghasilkan aplikasi mudah alih SHARE yang mesra pengguna bagi rakan niaga untuk membantu mereka mendapatkan dan mengekalkan pelanggan serta menguruskan inventori dengan lebih baik.

 

 

Drive On Campaign

 

Aplikasi ini juga membolehkan pemilik bengkel dan mekanik mengumpul mata dengan setiap produk Shell Helix yang mengambil bahagian yang dijual kepada pengguna, dan menebusnya untuk mendapatkan hadiah-hadiah menarik.

 

Sempena dengan pelancaran kempen tersebut, Shell Helix 'Drive On' Roadshow akan diadakan di lokasi terpilih di seluruh negara bermula pada 13 Oktober hingga 24 Disember 2017 dengan hadiah yang menarik untuk dimenangi.

 

Dua puluh lima pemenang bertuah juga akan membawa pulang hadiah Ferrari dalam pertandingan media sosial Shell Helix #IDriveFor. Sila kunjungi www.shell.com.my/driveon untuk malumat selanjutnya.

 

Sebagai salah satu daripada pasaran terpenting di Asia, pengguna di Malaysia Tahun ini, Shell Helix bekerjasama dengan Waze dalam kempen pemenang anugerah yang memberi amaran kepada pengguna mengenai kawasan kemalangan sepanjang tempoh Ramadan dan Aidilfitri, yang merupakan yang pertama di Asia.

 

Untuk memastikan anda membeli minyak pelincir Shell yang asli, Shell kini bekerjasama dengan Lazada agar anda dapat membeli dengan tenang hati.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai ganjaran dan faedah memilih Shell Helix, sila layari www.shell.com.my/share

 

Shell Helix Ultra Drive On Campaign

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Costa Coffee yang merupakan jenama kopi kedua terbesar di dunia kini telah melancarkan servis…
Telah Diuji
Setiap tahun, Hari Raya adalah antara hari yang paling dinantikan oleh rakyat Malaysia. Seperti…
Informasi
Kecil orangnya, dan sungguh mudah tersenyum dan sangat mesra. Namun begitu, rakan-rakan berbisik…