Kempen panggil balik Aventador SV disebabkan risiko tayar mudah tercabut

oleh Mohamad Hanif|
Setelah panggil balik sebanyak 1,700 buah Aventador yang dilakukan pada awal bulan lalu akibat masalah transmisi, kali ini pengeluar dari Itali memanggil balik model Aventador dari siri SuperVeloce.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh NHTSA (National Highway Traffic Safety Administration), sebanyak beberapa buah Lamborghini Aventador SuperVeloce kini mengalami risiko tayar tercabut akibat penggunaan centering bolt yang dikhuatiri mudah longgar berkadar terus dengan peredaran masa. 
 


Nasib Lamborghini agak baik kali ini kerana ia hanya melibatkan beberapa unit sahaja yang terjejas, dilaporkan sebanyak lapan unit (model tahun 2015 dan 2016) sahaja di Amerika Syarikat. 

Pihak Lamborghini akan menggantikan unit yang terjejas dengan centering bolt baharu yang diperkuatkan dengan bendalir thread-locking

 


Lamborghini LP750-4 SuperVeloce merupakan varian Aventador yang paling berkuasa dan merupakan model standard yang paling berkuasa di dalam sejarah Lamborghini yang boleh didapati dalam bentuk convertible dan coupe

Dengan enjin 6.5 liter aspirasi natural bentangan V12, ia mampu menghasilkan sejumlah 740 kuasa kuda dan 690 Nm daya kilas, membolehkan Aventador ini memecut sepantas 2.8 saat dari pegun sebelum mencecah 100 km/j dengan kepantasan maksimum dicatatkan 350 km/j. 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …