Kempen Kesedaran Buckle Up Baby akan berlangsung November ini di Rampai Puteri Medical Center

oleh DIANA ISMADI|
Kesedaran mengenai keselamatan bayi atau anak-anak yang lebih kecil semasa berada di dalam kenderaan ketika perjalanan sering dipandang ringan oleh kebanyakan ibu bapa kerana mereka mempunyai tanggapan yang salah bahawa anak-anak mereka akan selamat atau dilindungi di dalam dakapan ibu bapa sekiranya terjadi kemalangan.

Ramai yang tidak menyedari bahawa dengan menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak, mereka dapat menyelamatkan nyawa anak-anak atau mencegah mereka daripada mengalami kecederaan serius.

 

Kajian MIROS mendapati bahawa kanak-kanak yang diangkut menggunakan kenderaan persendirian adalah kumpulan utama dan kedua yang menjadi mangsa kemalangan. Golongan utama merupakan kanak-kanak di bawah kumpulan umur satu hingga empat tahun yang terdiri daripada 43.8 peratrus dan golongan kedua berumur lima hingga sembilan tahun yang terdiri daripada 30.2 perartus. 

 

Memandangkan perkara ini sudah menjadi serius, Rampai Puteri Medical Centre (RPMC), sebuah hospital yang dikhaskan untuk menjaga ibu dan anak-anak, akan menganjurkan kempen keselamatan jalan raya untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan dalam kalangan pengguna jalan raya Malaysia . Untuk inisiatif ini, RPMC akan menganjurkan:

 

Kempen 'Buckle Up, Baby! Campaign' pada 1 November 2017 di Pusat Perubatan Rampai Puteri yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur.

Inisiatif ini termasuk:

  •  Pelancaran 'Buckle Up, Baby! Campaign’ yang akan diadakan pada bulan November.
  •  Pelaksanaan dasar RPMC bahawa semua bayi yang baru dilahirkan di hospital mesti menggunakan kerusi kanak-kanak apabila keluar.
  •  Semasa bulan kempen, sepanjang bulan November, bayi yang baru dilahirkan di RPMC akan diberikan tempat duduk keselamatan kanak-kanak percuma untuk memastikan perjalanan pulang yang selamat.

Untuk memastikan kejayaan kempen ini, RPMC bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sebagai penganjur bersama untuk membantu pelaksanaan kempen dan menyediakan kepakaran teknikal mengenai penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak yang betul.

 

Kempen kesedaran keselamatan jalan raya ini bukan hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada ibu bapa dan orang awam secara umumnya mengenai kepentingan menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak. Kempen ini juga berharap dapat menanam tingkah laku pemanduan yang baik semasa mengedalikan kenderaan, iaitu kepentingan memakai tali pinggang keledar bukan sahaja kepada bayi mahupun pemandu, malah kepada setiap penumpang yang berada di dalam kenderaan.

Add new comment

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
  Benar, tetapi hanya pengawasan dari segi denda yang saya lihat. Dan dengan wujudnya sistem…
Pelancaran
  Di samping itu, Miros dan Asean NCAP juga telah menganugerahkan tahap 5-bintang dalam ujian…
Berita Domestik
Kriteria baharu Asean NCAP tumpu keselamatan pengguna motosikal - pertama di dunia Asean NCAP,…