Kempen Arena Bola Petronas sempena Piala Dunia 2018

oleh Mohamad Hanif|
Demam Piala Dunia kini kembali melanda seluruh negara dan untuk menambah lagi kemeriahan, Petronas Dagangan Berhad kini mengumumkan kempen Arena Bola Petronas dengan pelbagai tawaran hadiah menarik menanti para pelanggan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen tersebut bermula dari 11 Jun sehingga 22 Julai 2018 ini menyaksikan lima pelanggan bertuah bakal membawa pulang baucer membeli belah Adidas bernilai RM3,000 dan Petronas Gift Card bernilai RM100 untuk 250 pemenang mingguan. 
 


Untuk menyertai, para pelanggan hanya perlu membuat pembelian bahan api Primax bernilai RM40 minimum atau dengan membeli dua Kombo Bola pada harga serendah RM3.50 di Kedai Mesra. 

Menurut Aadrin Azly, Ketua Perniagaan Runcit Petronas berkata, penyertaan kali ini dipermudahkan di mana para pelanggan hanya perlu menghantar resit pembelian menerusi talian Whatsapp untuk membuktikan penyertaan. 

Bersempena dengan Piala Dunia, Petronas juga melancarkan permainan atas talian "Play Like A Champ" dengan lebih hadiah yang ditawarkan termasuklah mata ganjaran Mesra dan baucer membeli belah Adidas yang boleh dimainkan menerusi https://petronas.gamify.live/

Dalam masa yang sama, Petronas juga turut menawarkan Petronas Gift Card edisi khas bola sepak di Shoppe dan Lazada sementara stok masih ada. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula 1 November 2022 hingga 31 Januari 2023, kempen Mesra Bonanza Lagi Onz ini menawarkan hadiah…
Informasi
  Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani, berkata sebagai sebahagian…
Berita Domestik
Ia dimulakan dengan kempen tahunan PETRONAS Coffee Break, salah satu kempen keselamatan jalan raya…