Kempen Amal Raya Shell 2018 - beli sambil derma kepada mereka yang memerlukan

oleh Mohamad Hanif|
Dengan hanya mengisi minyak di Stesen minyak Shell, anda kini boleh menderma kepada mereka yang kurang bernasib baik pada musim perayaan ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi kempen terbaharu ini, Shell akan mendermakan sejumlah 1 sen (RM0.01) bagi setiap liter bahan api manakala tambahan 1 sen lagi akan didermakan sekiranya pengguna melakukan pembayaran menggunakan Mastercard. 
 


Kempen ini diselang-selikan perlaksaannya pada 19 Mei, 26 Mei, 2 Jun dan 9 - 14 Jun 2018 di seluruh stesen minyak Shell tempatan. 

Menurut Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain berkata, "Shell berasa bangga dengan penyertaan Mastercard sebagai rakan ekslusif di dalam kempen Shell Raya Charity 2018."

"Kami yakin dengan sokongan rakyat Malaysia, kami akan dapat memberikan kekuatan dan harapan kepada kanak-kanak tersebut untuk masa depan yang cerah," tambah beliau. 
 


Menurut Perry Ong, Pengurus Mastercard Malaysia dan Brunei berkata, "Inisiatif ini menunjukkan komitmen Mastercard di dalam menyokong perkembangan positif kanak-kanak sebagai sebahagian daripada usaha global Mastercard menggalakkan pemegang kad mereka melakukan amal."

"Alternatifnya, pemegang kad Mastercard juga boleh menderma menerusi Platform Derma Mastercard, sebuah plaform digital yang direka khas untuk kemudahan menderma dengan selamat tanpa kebimbangan," tambah beliau. 

Sejak tahun 2015, kempen amal raya Shell memfokuskan kepada menyokong perkembangan kanak-kanak yang kurang bernasib baik menerusi program pendidikan, mengubahsuai fasiliti dan menaiktaraf peralatan pejabat, terima kasih atas sumbangan rakyat Malaysia yang pemurah. 
 

Pada tahun ini, kutipan derma akan diserahkan kepada tujuh organisasi amal di seluruh negara iaitu

  • The Kalsom Movement
  • Yayasan Chow Kit
  • Majis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia
  • Project TRY
  • Pertubuhan Ibu Bapa Kanak-kanak Keperluan Istimewa Sarawak
  • Montfort Youth Training Centre
  • HAUS

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi www.shell.com.my/CSR

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam majlis yang dianjurkan secara maya, wakil daripada 10 buah kelab kereta iaitu Proton…
Berita Domestik
Kempen ini sedang memasuki minggu kelima dan sedang menanti lima lagi pemenang bertuah sehingga 9…
Berita Domestik
Spesifikasi bahan api Euro 4 yang telah dimodifikasi (digelar Euro 4M) mampu mengurangkan kandungan…