Menurut Seksyen 66H Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], mana-mana orang yang memandu kenderaan asing masuk ke Malaysia akan dikehendaki memohon permit kemasukan kenderaan bermotor asing (VEP).
VEP merupakan satu komponen penting dalam usaha kerajaan menangani masalah pemilik kenderaan asing yang melanggar undang-undang pengangkutan jalan raya serta isu-isu dengan pihak yang tidak bertanggungjawab membawa masuk/keluar kenderaan tidak sah pendaftaran merentasi sempadan negara.
Pendaftaran VEP telah dibuka sejak April 2019 dan pemilik kenderaan asing boleh mendaftar VEP melalui portal https://vep.jpj.gov.my serta mendapatkan tag VEP-RFID yang terletak di empat Pusat Fitmen (FC) di:
- Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Gelang Patah arah selatan
- tempat meletak kenderaan terbuka Plaza Angsana
- Kawasan Rehat dan Rawat Pandan
- Plaza Tol Kedai Lima
Sebagai tambahan, kementerian akan membuka sebuah lagi FC di pejabat JPJ di KSAB (aliran trafik keluar ke Singapura) di mana pemilik boleh mendapatkan tag VEP-RFID mereka di sini bermula tarikh yang akan diumumkan [email protected]
Buat masa ini, JPJ akan menumpukan kepada aktiviti advokasi dan kesedaran di semua aliran trafik di KSAB dan BSI untuk mendidik semua pemilik kenderaan asing mengenai keperluan pendaftaran VEP.
Berikutan kesukaran untuk mendapatkan temunjanji pemasangan VEP di sesetengah tempat, pihak kementerian akan menangguhkan sementara operasi penguatkuasaan VEP di semua laluan keluar KSAB dan BSI sehingga notis baharu dikeluarkan.
Diharapkan dengan penangguhan operasi serta pembukaan FC tambahan akan memberikan peluang kepada pemilik kenderaan asing untuk mendaftarkan kenderaan mereka serta mendapatkan tag RFID bagi mengelakkan sebarang kesulitan urusan keluar masuk Malaysia pada masa akan datang.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +607-5950699 atau emel [email protected]
Sumber gambar: Alansoon, Sgcarmart