Kembara kru SagaJB merentasi tiga negara - Malaysia, Thailand, Laos!

oleh Muhamad Hanif|
Berani! Itulah perkataan yang ditujukan kepada sekumpulan anak muda dari Johor Bahru apabila mereka memulakan penjelajahan merentasi tiga negara - Malaysia, Thailand dan Laos.

Bermula dari Johor Bahru, kembara yang terdiri daripada dua buah kereta itu dijangka bakal melengkapkan perjalanan jelajah ini dalam masa kira-kira 20 hari.


Kembara ke Laos ini bertujuan untuk membuktikan bahawa jentera lama seperti yang mereka gunakan ini juga mampu melakukan perjalanan jauh tanpa sebarang masalah, di samping menguji kekuatan fizikal dan mental ahli kembara bagi melengkapkan misi kali ini.



Setakat artikel ini ditulis, mereka kini bermalam di Amphoe Tha Chana sebelum kembali meneruskan perjalanan merentasi Thailand menuju ke Laos hari ini. 


Untuk maklumat terkini berkenaan status dan lokasi semasa perjalanan mereka, pembaca boleh melayari laman Facebook SagaJB - The Johorean Colony. 
 

Kami di Careta mengucapkan selamat berjaya kepada kru SagaJB. Semangat "Standing in the eyes of the World" ini sewajarnya disemai di dalam sanubari bagi membuktikan kata-kata "Malaysia Boleh!"
 

Sumber gambar: SagaJB - The Johorean Colony
Kredit kepada: Afiq Raffali

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Menyingkap kembali sejarah Proton Saga, model generasi pertama dibina berlandaskan platform…
Berita Domestik
Quick Ride yang ditubuhkan oleh Kumpulan Cartrade dan Koperasi Pelaburan Amanah Berhad (KAPB) kini…