Kelibat C-Class Coupe dengan tulisan menghina Mercedes dikesan di Serbia

oleh Mohamad Hanif|
Penduduk di Belgrade, Serbia berkemungkinan besar telah melihat kereta Mercedes-Benz C-Class Coupe tersadai di tepi jalan raya dengan beberapa tulisan tercetak pada badan kenderaan.
Kawasaki Legend Reborn

Ramai yang menyangka ia sebuah kenderaan kempen promosi terkini daripada Mercedes-Benz, namun sekiranya diamati betul-betul, ia tidaklah sebaik yang disangka. 

Berdasarkan perkataan yang tertera pada badan kereta, pemilik kereta C-Class Coupe itu mendakwa tidak berpuas hati dengan pihak khidmat pelanggan Mercedes-Benz yang telah melakukan kerja yang tidak professional. 

Pada bahagian sisi kenderaan tertulis ayat yang membawa maksud "Mercedes is trash, 30,000 km clutch set not supported by warranty.", manakala pada bahagian bonet pula menjelaskan dengan lebih terperinci 

"Mercedes is trash, starter replaced at 13,000 km, clutch set at 30,000 km, both not covered by warranty"

Mesej tersebut menjelaskan pemilik tersebut menghadapi masalah starter yang telah digantikan pada jarak perbatuan 13,000 km, manakala clutch yang bermasalah pula pada 30,000 km yang ditukar namun tidak dilindungi oleh jaminan pengeluar. 
 


Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang penjelasan yang dikeluarkan oleh pihak Mercedes-Benz tempatan bagi menjernihkan keadaan. 

Seringkali kita dengar aduan menyatakan pihak pengeluar tidak mahu menggantikan barang yang bermasalah di bawah waranti dan mahu menyalahkan pengguna akibat "penggunaan yang tidak bertanggungjawab". 

Kisah pemilik Mercedes dari Serbia ini mengingatkan kita kepada kisah seorang pemilik Honda Accord beberapa tahun lalu yang mendakwa kenderaan miliknya tidak bagus dan sering kali mendatangkan masalah sepanjang tempoh pemilikannya. 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Uncategorized
Terbaharu, menurut laporan daripada Autocar, Daimler kini sedang merancang untuk mengeluarkan sedan…
Uncategorized
Senarai harga terkini menyaksikan beberapa model terkini yang baharu sahaja dilancarkan oleh pihak…
Berita Global
Menurut Mercedes-Benz, EQC mempunyai jarak pengoperasian sehingga 321 km dengan sekali pengecasan…