Kelantan Motofest 2018 PADU!

oleh HEZERI SAMSURI|
Kelantan memang sebuah negeri yang unik dengan budayanya tersendiri.

Baik dari segi bahasa, makanan dan gaya hidup, cara modifikasi kenderaan di sana juga lebih menjerumus ke arah ekstrem. Kemudahaan mendapat aksesori dan kepakaran dari negara jiran membantu. Begitu juga dengan peminat fanatik di sana yang sanggup mengeluarkan puluhan ribu RM untuk memastikan kenderaan mereka unik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pada 29 Jun lalu di AEON Mall Kota Bahru berlangsung satu acara automotif Kelantan Motofest 2018. Ia adalah satu acara gabungan pelbagai kelab kereta dan motosikal dari Kelantan dan ia menjadi tempat untuk mempamerkan kreativiti masing-masing dalam modifikasi kenderaan.

 

 

Acara tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti-selebriti tempatan seperti Datuk Awie Wings, Pekin dan Jaa Suzuran (penyampai radio Era FM).

Tidak ada majlis yang akan berjaya sekiranya tidak mendapat tajaan dan bantuan dari syarikat dan agensi luar.

Untuk MotoFest, acara ditaja oleh Cleantech Oil, Glide Lubricant, Dnars skins care, WF performance, Mitsubishi Riff Auto, Warisan Rasa Kitchen, FZ cafe, Wan Exhaust, Asia Click, MG Motographic dan Adam Photography.

Syabas Kelantan!

Berita Berkenaan

Informasi
Pengerusi Skuad Perantau, Mohd Zafran Yasoa, 43, berkata, idea itu terhasil apabila mereka melihat…
Berita Domestik
Anggota polis menahan kenderaan terbabit, namun pemandunya memecut laju. "Anggota polis mengekori…
Informasi
"Keputusan telah dibuat, JKR Kelantan akan menyelaras pemasangan bailey bridge di lokasi itu. "…