Kelab peminat Rolls-Royce anjur perjumpaan terbesar di dunia - keahlian kini mencecah 10k!

oleh Mohamad Hanif|
Rolls-Royce Motor Cars baru-baru ini telah mengadakan perjumpaan terbesar jenama ekslusif tersebut bertempat di perjumpaan ke-57 Rolls-Royce Enthusiast' Club Annual Rally and Concours d'Elegance.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Acara perjumpaan yang berlatarbelakangkan Burghley House di Stamford, Lincolnshire itu memberikan pemandangan yang sangat menarik untuk perhimpunan lebih 1,000 buah Rolls-Royce klasik dan moden. 


Dalam acara yang sama, Rolls-Royce turut mempamerkan model-model terkini seperti Phantom, Ghost, Wraith dan Dawn termasuklah model eksklusif Wraith Black Badge. 

Menurut Andrew Ball, Ketua bahagian Corporate Relations, Heritage and Philanthropy Rolls-Royce Motor Car mewakili jenama tersebut berasa amat berbesar hati dengan pencapaian kelab Rolls-Royce Enthusiast tersebut yang merupakan sebahagian daripada sejarah panjang Rolls-Royce di dalam industri automotif. 

Acara perjumpaan yang berlangsung dari 22 Jun sehingga 24 Jun 2018 itu telah menarik kunjungan ramai peminat jenama automotif itu, di samping mencatatkan jumlah keahlian menghampiri 10,000 orang daripada 11 orang pada awal penubuhan kelab tahun 1957 itu. 

Bagi mereka yang berminat, keahlian adalah terbuka untuk semua pemilik dan bukan pemilik daripada seluruh dunia dan maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web www.rrec.org.uk