Kelab Pemilik GS Malaysia hulur bantuan ke rumah perlindungan wanita

oleh HEZERI SAMSURI|
Kelab Pemilik motosikal BMW GS Malaysia (GSOM) telah mengadakan acara lawatan sambil menderma ke rumah perlindungan wanita Darul Anisah di Kuantan minggu lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kelab yang mempunyai hampir 25,000 orang pengikut di laman Facebook rasmi mereka itu (BMW GS Owners Malaysia) membawa seramai 160 buah motosikal ke pantai Balok, Kuantan untuk sesi lawatan tersebut.

Menurut Nasir Bali, salah seorang dari ahli jawatankuasa kelab tersebut, acara itu adalah antara aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang sering dilakukan oleh GSOM.

"Kami juga mempunyai unit bencana di mana ahli-ahli kelab turun untuk membantu mangsa-mangsa di lokasi kejadian. Selalunya, bencana alam seperti banjir di mana GSOM akan turun padang menggunakan jentera 4X4 untuk menyumbang wang ringgit dan tenaga membersihkan kawasan terbabit," ujar beliau.

 

 

Sumbangan dari derma ahli-ahli kepada Darul Anisah disampaikan oleh Mohd Zamri Omar, wakil jawatankuasa GSOM kepada operator rumah perlindungan wanita tersebut.

Sebelum itu, Ustad Shaharudin Saad memberikan tazkirah pendek kepada pelatih-pelatih rumah perlindungan wanita itu yang berusia dari 13 tahun ke atas.

"Darul Anisah ialah satu-satunya rumah perlindungan khusus untuk wanita-wanita yang memerlukan bantuan bagi Pahang dan Trengganu," terang Noor Jamaan bin Abd Rahman, wakil dari Darul Anisah.

 

 

"Operasi kami bertanggung kepada sumber derma swasta dan orang ramai. Antara cabaran kami ialah dana yang terhad dan juga kurangnya informasi masyarakat tentang kewujudan rumah perlindungan wanita seperti ini," sambung Jamaan.

Antara aktiviti yang dilakukan oleh pelatih Darul Anisah ialah bercucuk tanam di kebun sayur yang terletak di Beserah. 

Untuk mereka yang mahu melawat atau memberikan sumbangan, boleh hubungi Darul Anisah Kuantan di 010-846 7628 atau di laman rasmi Facebook mereka (Darul Anisah Kuantan).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut salah seorang dari ahli komiti GSOM, Nasir Bali, program-program ini mendapat sambutan yang…