Kejuaraan FIM Asia Supermoto 2018 bakal gegarkan hujung minggu anda!

oleh Mohamad Hanif|
Kehangatan dan debaran semakin terasa apabila pusingan kedua kejuaraan FIM Asia Supermoto 2018 bakal mengambil tempat di Quirino Grandstand, Manila, Filipina bermula 7 sehingga 9 September ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kemunculan pusingan kedua ini di Manila turut menandakan kemunculan kembali kejuaraan ini setelah setahun berlalu tanpa sebarang aktiviti. 

Pusingan ini juga turut memberikan perhatian kepada pasangan pelumba dari Filipina, Mark Reggie A. Flores dan Kenneth San Andres yang dijangka akan memberikan saingan yang sengit pada litar tanah air mereka. 

Persaingan merebut gelaran Best International Rider juga turut menyaksikan pertembungan di antara pelumba Denmark, Simon Vilhemsen yang sebelum ini memenangi gelaran tersebut di pusingan pertama Thailand dan juga pelumba dari UK, Lewis Cornish. 

Menurut Andrew Ching, CEO E-Plus Global Sdn Bhd sebagai penganjur promosi bagi FIM Asia Supermoto berkata, "Dengan kemunculan kembali kejuaraan ini ke litar ikonik di Manila, pelumba asal (Filipina) yang bakal menaruhkan nasib di depan para peminat tersendiri, ia bakal menjadikan hujung minggu ini lebih meriah."

Sesi percubaan dan SuperChrono bakal berlangsung pada 8 September ini manakala perlumbaan kelas Moto1 dan Moto2 pula mengambil tempat pada hari ahad, 9 September dan boleh dilihat secara langsung menerusi saluran OTT, twenty3.tv dan twowheels.tv. 

Pusingan ketiga pula bakal diadakan di Kupang City, East Nusa Tenggara Indonesia pada 26-28 Oktober 2018, dan diikuti pusingan keempat di Litar KF1 Kranji, Singapura pada 23-25 November. 

Kejuaraan ini bakal menutup tirai di Malaysia pada 30-2 Disember. 

Tags

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Dengan penganjuran dan crew-crew profesional, pastinya pelumba-pelumba dapat menimba ilmu untuk…
Sukan Bermotor
  Semasa pasukan Honda Petronas MIE Racing terus bersaing dalam Superbike Dunia dengan pelumba - …
Berita Domestik
Dalam satu kenyataan rasmi, pihak MAM menjelaskan kedudukan MAM sebagai ahli gabungan FIM tidak…