Kejayaan tiga beradik IMV bukti kecemerlangan kejuruteraan Toyota

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk mereka yang belum tahu, Toyota Fortuner, Innova dan Hilux adalah ahli keluarga kepada projek Toyota IMV atau Innovative International Multi-Purpose Vehicle.

Projek ini dimulakan pada dalam tahun 2004 dan ia direka untuk menghasilkan tiga model utama bagi lebih dari 140 negara dengan menggunakan platform atau rangka yang sama.

Pada asalnya, ia dibina di empat negara, iaitu Thailand, Indonesia, Argentina dan Afrika Selatan sementara enjin diesel dibina di Thailand, enjin petrol di Indonesia dan transmisi dipasang di Filipina dan India untuk kesemua pasaran IMV pada masa itu.

Dalam masa dua tahun selepas dilancarkan, jumlah jualan IMV meningkat kepada lebih dari 1 juta dalam tahun 2006 dan pada 2012, ia berjaya dijual lebih dari 5 juta unit.

Projek IMV memberi fokus kepada negara-negara membangun di mana ia tidak mempunyai jalanraya yang baik. Dua model yang memang khusus untuk pasaran seperti itu ialah MPV Innova dan SUV Fortuner.

Untuk Hilux, ia adalah bagi pasaran seluruh dunia. Boleh dikatakan Hilux ialah produk terbaik dari projek IMV.

Fortuner pula ialah SUV dari Hilux, dan ia juga terkenal di banyak negara membangun. Tidak seperti crossover monocoque, Fortuner adalah SUV sejati dengan sistem pacuan 4-Wheel lengkap dengan lower transfer case seperti Hilux.

Dalam erti kata lain, Fortuner ialah sebuah SUV yang benar-benar lasak.

Bagi Innova pula, walaupun ia mempunyai kerangka ladder frame seperti trak pikap, ia memberikan pemanduan yang sangat selesa bagi kategorinya. 

Malah ramai yang tidak menyangka bahawa Innova mempunyai kerangka yang sekuat itu - dan ini membuatkan Innova antara MPV paling lasak di dalam pasaran. Pasti anda akan perasan bahawa pemilik Innova akan membeli Innova baharu sebagai ganti kerana pada mereka, ia adalah sebuah kenderaan yang mudah dan murah untuk diselenggara.

Selain dari itu, enjin baharu Toyota pula menjadikan ia sebuah MPV yang efisien. 

Bayangkan betapa cekapnya Toyota kerana dari satu platform, ia boleh menghasilkan tiga buah model yang cukup popular!

FORTUNER

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengenalan model MPV tujuh tempat duduk itu dijangka akan menjadi detik penting buat UMWT, di mana…
Berita Domestik
Sekitar tahun 1950-an (lebih tepat lagi Ogos 1956), kenderaan-kenderaan jenama Toyota hanya dibawa…
Berita Domestik
Bagi memenuhi kehendak pasaran tempatan, UMW Toyota melancarkan dua lagi varian baharu untuk SUV…