Kehadiran ciri Viewing Suite, keistimewaan Roll Royce Cullinan baharu

oleh Afandi Che Muhamad|
Jika sebelum ini jenama kereta mewah terkemuka dunia, Rolls Royce mendedahkan kepada umum nama Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) baharu yang bakal dihasilkan syarikat berkenaan sebagai Cullinan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hari ini, firma tersebut terus merungkai lebih lanjut mengenai ciri mewah dimiliki Roll Royce Cullinan baharu mereka itu.

Apa yang pasti, ciri tersebut merupakan yang pertama seumpamanya diperkenalkan dalam industri automotif dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Rolls-Royce, Torsten Muller-Otvos (gambar) berkata, ciri dimaksudkan ialah Viewing Suite.

"Memahami kehendak penggemar setia jenama kami, yang mana kebanyakan daripada mereka inginkan kenderaan dengan ciri lebih mewah mendorong kepada penciptaan ciri ini (Viewing Suite).

"Kehadiran Viewing Suite ini membolehkan mereka (pengguna) menyaksikan panorama menakjubkan sambil bersantai dari dalam SUV itu sahaja," jelas Torsten teruja.

Mempunyai dua kerusi balutan kulit lengkap didatangkan bersama unit meja kecil ala koktail di bahagian tengah, Torsten optimis fungsi canggih Viewing Suite itu bakal menawarkan pengalaman luar biasa.

Tutur Torsten lagi, Viewing Suite boleh diakses untuk kegunaan ketika melihat acara sukan atau pun aktiviti riadah lain.

Bagaimana untuk menggunakan Viewing Suite ini ya?

Menurut Torsten, cara penggunaan Viewing Suite cukup mudah.

Pengguna hanya perlu menyentuh butang khas yang disediakan di dalam SUV berkenaan sebelum ia (Viewing Suite) keluar secara automatik dari bahagian kompartemen belakang. Pelik tetapi menarik bukan?

Careta pasti kewujudan ciri tersebut menambah nilai kemewahan untuk Roll Royce Cullinan.

Terdahulu, pemilihan nama SUV tersebut diambil bersempena sejenis berlian berkualiti tinggi dikenali sebagai Cullinan.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Phantom generasi kelapan ini telah dipersembahkan pada 2017, ia merupakan model pertama yang…
Berita Global
Spirit of Ecstasy telah didaftarkan sebagai harta intelek Rolls-Royce pada 6 Februari 1911. Sejak…
Berita Global
Jualan kenderaan elektrik (EV) untuk kumpulan itu pula melihat peningkatan sebanyak 110 peratus,…