Kegiatan kutip, paksa pemandu bayar parkir tumpas

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan/gambar dari FMT
Polis menahan 11 individu termasuk warga asing yang mengutip bayaran parkir kenderaan secara haram di sembilan lokasi sekitar ibu negara, baru-baru ini.

Lokasi yang diserbu ialah Jalan Beremi, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tengah Changkat Bukit Bintang, Persiaran Dutamas G3 Street, Jalan Berangan, Jalan Walter Granier, Jalan Mesui, Jalan Doraisamy serta Jalan Kamunting.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, operasi Op Parkir Haram yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota JSPT Kuala Lumpur bermula jam 9 malam, 24 April lalu berjaya menahan 11 individu berusia 19 hingga 60 tahun.

Menurutnya, semakan mendapati lima daripada suspek ialah warga asing membabitkan kewarganegaraan India dan Bangladesh.

"Selain itu, dua tangkapan warga tempatan ini juga didapati memiliki dua rekod lampau bersabit kes dadah serta orang dikehendaki.

"Siasatan awal polis mendapati suspek terbabit melakukan kesalahan mengutip bayaran parkir kenderaan secara haram serta merampas wang tunai yang diambil dari pemandu-pemandu secara paksaan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, mereka ini mengenakan caj antara RM10 hingga RM20 untuk setiap kenderaan yang diparkir.

Katanya, ada antara kegiatan ini mula aktif sejak sebulan hingga dua bulan lalu.

"Siasatan masih dijalankan dan tindakan akan diambil di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mendesak mana-mana orang lain yang berkenaan dengan penjagaan kenderaan," ujarnya.

Berita Berkenaan

Informasi
"Daripada 134 buah lelongan kenderaan itu, sebanyak 105 adalah boleh dilesenkan dan tidak boleh…
Informasi
  "Enam suspek lelaki warga tempatan ditahan susulan hasil dari pemantauan serta operasi yang…
Berita Domestik
  “Ia didapati daripada transaksi pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM), pembayaran saman,…