“Saya terkejut melihat lori itu bergerak menuruni bukit tanpa pemandu ke arah gerai
“Saya dan pelanggan yang berada di dalam gerai segera lari menyelamatkan diri. Mujur saya menyedari apa yang berlaku dan sempat memaklumkan pelanggan,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu kali pertama dialaminya sejak dia berniaga selama tujuh tahun di lokasi itu.
Katanya, gerai makan dan motosikal miliknya, kereta pekerja serta pacuan empat roda milik pelanggan mengalami kerosakan akibat rempuhan itu. Malah, sebuah kereta milik pekerja dan sebuah pacuan empat roda milik pelanggan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, siasatan awal mendapati lori itu bergerak sendiri menuruni bukit sebelum merempuh tiga kenderaan serta melanggar gerai makan dan pondok menunggu bas.
Salam takziah kepada pemilik kedai dari kami di Careta dan kami bersyukur tiada kecederaan kepada orang awam.
Sumber: Harian Metro