Kecil-kecil Cili Api: Aiman Haziq mencuri tumpuan di e-MCS

oleh SALINA JALIL|
Biarpun bertubuh kecil, namun Aiman Haziq Aidi, pemenang pusingan permulaan perlumbaan e-Malaysia Championship Series (eMCS) berjiwa besar. Kejayaan beliau pada hari ini membakar semangatnya untuk terus bersaing di dalam perlumbaan berikutnya.

Aiman, 20 tahun merupakan seorang pelajar tahun akhir Program Pendidikan Tinggi Malaysia-Jepun di Semenyih. Ketika ditemui, beliau berkata, “saya mula berlumba go-kart ketika berusia 12 tahun. Sekarang, saya lebih banyak menghabiskan masa berlumba menggunakan simulasi perlumbaan maya. Namun, ini tidak menjadikan saya gementar untuk berlumba di dalam situasi sebenar.”
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menurutnya lagi, Litar Sepang bukanlah satu perkara yang asing bagi beliau kerana sebelum ini beliau pernah berlumba menggunakan Suzuki Swift.

Perlumbaan 1 meletakkan Aiman di tempat ketiga. Pada Perlumbaan 2 hari ini, beliau merangkul tempat kedua dengan pencapaian 25 mata bagi pusingan pertama daripada 5 pusingan yang diadakan. Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Mohd Taufiq Mohyin dan Mohd Shahril Nindar.

Sementara itu, Perlumbaan 1 yang diadakan lewat petang semalam menyaksikan kedudukan pertama dimenangi oleh Ayman Hakeem Abbas dengan Ady Rahimy Rashi mendapat tempat kedua.

 

eMCS

 

Hadiah untuk pemenang eMCS telah disampaikan oleh Tan Sri Rainer Althoff, pengerusi Race Room Malaysia yang menjadi rakan kerjasama SIC untuk perlumbaan simulasi ini. Tiga pemenang utama bakal beraksi di dalam perlumbaan sebenar bagi mementukan juara serta kelayakan bertanding di dalam MCS musim akan datang.

 

Sementara itu, perlumbaan di litar sebenar pertarungan sengit dengan penyertaan seorang veteran yang berusia 66 tahun, Tony Teo jauh mengalahkan peserta yang lebih muda di dalam kelas Touring Production. Menduduki tempat keenam pada perlumbaan 1 semalam, pemandu yang berasal dari Kuching itu berusaha dengan rakan sepasukan Baron Sim menghabiskan perlumbaan endurance menggunakan Honda Civic FD2 dengan catatan 21 pusingan.

 

MCS 2

 

Pemenang tempat ketiga Perlumbaan 1 semalam, Aun Yue Wei memperbaiki kedudukannya hari ini di tangga kedua dengan catatan 22 mata. Sementara itu Goh Lee Heng melengkapkan podium di tangga ketiga.

 

Kejuaraan Malaysian Touring Car (MTC) menyaksikan juara bertahan Nick Mah dan Brendon Lim meraikan kemenangan mereka untuk Pusingan Pertama dengan catatan masa 1 jam 2 minit dan 38.839 saat menggunakan jentera Suzuki Swift. Mereka kini mengumpul 30 mata kejuaraan.

Pemandu Toyota Vios, William Ho daripada Wing Hing Motorsports menguasai kedudukan kedua dengan catatan masa 2.766 saat di belakang juara. Sementara itu di tempat ketiga dimenangi oleh Brendan Paul dan C.Y Ong dengan jentera Satria Neo. Bagi kelas Stock Production pula, Mohd Nasri Said dari R-Engineering menggondol tempat pertama dengan jentera Honda Civic FD2.

 

Dalam perkembangan yang lain, pelumba dari Malaysia Mitchell Cheah, dari pasukan Liqui Moly Team Engstler menunjukan aksi cemerlang di dalam Kejuaraan TCR Asia Series di mana beliau muncul juara pada perlumbaan kedua setelah merangkul naib juara pada perlumbaan sebelumnya.

Mitchell menambah, “saya rasa amat bertuah dapat membanggakan keluarga dan Litar Sepang khususnya kerana saya mempunyai kelebihan berlumba di atas litar ini sejak lima tahun yang lalu. (Litar) Buriram bakal memberikan pengalaman baru bagi saya dan saya berharap dapat mempertahankan kejuaraan ini bersama pasukan yang hebat ini.”

Kejuaraan ini mengambil masa selama tiga hari dan disiarkan secara rasmi melalui siaran langsung di laman Facebook SIC. Jumlah tontonan yang dicatatkan melebihi 130 ribu penonton.  

 

Pusingan kedua MCS dan e-MCS bakal diadakan pada 14 dan 15 April 2018.

 

 

Keputusan penuh untuk MALAYSIA CHAMPIONSHIP SERIES – ROUND 1 adalah seperti berikut:-

 

e-MCS Championship  

Race 1 - Top 3 Finishers

1. Ayman Hakeem Abbas

2. Ady Rahimy Rashid

3. Aiman Haziq Aidi

 

e-MCS Championship

Race 2 – Top 3 Finishers

1. Aiman Haziq Aidi

2. Mohd Taufiq Mohyin

3. Mohd Shahril Nindar

 

MCS – Touring Production Championship 

Race 2 – Top 3 Finishers

1.Tony Teo / Baron Sim (Honda Civic FD2) - 21 laps (1:01:49.958)

2. Aun Yue Wei (Honda Civic FD2) 1:05.689s behind

3. Goh Lee Heng (Honda Civic FD2) 1:15.341s behind

 

MCS – MTC Championship

1.Nick Mah / Brendon Lim (Suzuki Swift) 20 laps (1:02:38.839S)

2. William Ho (Toyota Vios) 2.766s behind

3. Brendan Paul / CY Ong (Satria Neo) 53.586s behind

 

Stock Production Championship

1.Mohd Nasri Said (Honda Civic FD2) - 21 laps (1:04:21.164s)

2. Chong Chow / Tham Yik Choon (Honda Civic FD2) – 19 laps

 

Artikel dari SIC National Press

 

Penulis:  Muhamad Hanif