Kebaikan & Keburukan Strut Bar - Tahukah Anda?

oleh Afandi Che Muhamad|
Tidak asing lagi dalam kalangan penggemar kereta sama ada drifter mahupun peminat automotif tegar, penggunaan anti-roll bar atau anti-sway bar (bar pengimbang) seakan menjadi trend di Malaysia.

Selain dipanggil dengan nama berkenaan, komponen berkenaan turut dipanggil dengan beberapa nama lain seperti strut bar.

Jika anda jahil mengenai kereta, pasti anda tertanya-tanya bagaimana rupa komponen yang disebut-sebut ini.

Mudah sahaja untuk mengenal pasti bar apakah yang dimaksudkan di sini.

Perasan atau tidak, bar pengimbang ialah unit besi melintang yang boleh ditemui di dalam bonet kereta atau bahagian bawah kereta.

Di Malaysia sendiri, terdapat beberapa jenama bar pengimbang yang popular antaranya ialah Ultra Racing.
Promosi Duit Raya

Okay. Sekarang anda sudah tahu, apa itu bar pengimbang. Tetapi tidak ramai yang mengetahui fungsi sebenar komponen ini.

Untuk makluman, komponen ini masih menjalankan fungsi yang hampir sama seperti sistem suspensi lain sebagai contoh sistem penyerap hentakan (absorber) cuma pengkhususannya lebih tertumpu ke arah menjayakan proses pemanduan di selekoh tajam (cornering).

Antara kebaikan penggunaan bar pengimbang ini adalah:

1. Memberi kendalian hebat semasa memandu.

2. Menyeimbangkan kereta dipandu terutamanya ketika melalui selekoh tajam.

3. Mengelakkan tubuh pemandu atau isi dalaman kereta yang lain seperti barangan peribadi; komputer riba dan lain-lain ikut sama 'membuang' mengikut arah kilasan stereng.

Pun begitu, kewujudan komponen ini bukan lah penentu keseimbangan kereta anda.

Ia bergantung kepada kesesuaian jenis bar pengimbang yang digunakan, teknik pemasangan betul dan penyelenggaraan aspek pemanduan lain sebagai contoh aplikasi kompaun tayar, geometri suspensi (absorber), balancing dan alignment tayar yang bersesuaian.

Careta.my ingin berkongsi tip tentang bagaimana ingin memastikan komponen ini berfungsi dengan lebih efisien.
 

Jurucakap daripada Mann Engineering, Gary dipetik sebagai berkata kepada sebuah portal informasi antarabangsa berkaitan industri automotif, speed.academy baru-baru ini menyarankan penggunaan bar pengimbang dengan bilangan lekukan yang kurang.

"Bilangan lekukan pada bar pengimbang sebenarnya menyumbang kepada prestasi kilasan terbaik atau sebaliknya.

"Selain lekukan, beberapa faktor lain seperti penggunaan bahan dalam pembuatan bar pengimbang dan pemasangan bar pengimbang dengan diameter lebih luas juga harus dititikberatkan," katanya.

Menurutnya, bahan terbaik dalam pembuatan bar pengimbang adalah daripada jenis bahan berongga. Ia dikatakan memiliki ketegaran kilasan lebih tinggi berbanding komponen OEM yang mana kebanyakan daripadanya diperbuat daripada besi jenis padu.

Jelas Gary lagi, pemasangan haruslah dimulai dengan menyambungkan lubang mounting bar pengimbang paling hujung (lubang ketiga, diameter paling luas) bersama lever arm.

Langkah itu terbukti menghasilkan kadar kekerasan pegangan struktur kerangka kereta lebih tinggi khususnya ketika mengambil selekoh tajam.

Sebelum itu (melakukan proses pemasangan bar pengimbang), anda perlu tahu bahawa aplikasi ini turut mempunyai beberapa keburukan tersendiri. Sebagai contoh:-

1. Pemasangan komponen tersebut bakal mengurangkan corak keselesaan pemanduan yang mana hanya berlaku sekiranya strut bar terlalu banyak terutamanya di bahagian dalam kenderaan sehingga memaksa anda untuk mengorbankan tempat duduk di bahagian belakang.

2. Corak pemanduan terasa kaku ketika melalui jalan berbonggol. Pemandu dan penumpang di bahagian dalam kereta akan merasai tekanan atau gegaran sebaik tayar anda menghentam bonggol (banyak terdapat di taman-taman perumahan). Tayar anda akan hilang cengkaman ketika itu.

Cara terbaik untuk mengatasi masalah berkenaan adalah menerusi penetapan pemasangan strut bar dengan kadar imbangan terbaik tanpa memberi efek kepada kebebasan tayar kenderaan anda semasa pemanduan di jalan dimaksudkan.

Nah! Selesai sahaja mengambil kira semua faktor yang dinyatakan, baru anda boleh melakukan pemasangan komponen berkenaan. Pasti anda akan menikmati gaya pemanduan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Tak percaya? Cuba dahulu tip yang dikongsikan Careta.my ini dan lihat hasilnya.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Usaha MITI untuk menarik minat pelabur asing nampaknya semakin membuahkan hasil. Terbaharu, ada…