Kawasaki ZX-10R 2019 terima nadi baharu - enjin Testarossa 203 PS!

oleh Mohamad Hanif|
Usah terpedaya dengan nama Testarossa kerana ia tiada kaitan dengan Ferrari Testarossa yang pernah hadir sekitar tahun 1984 sehingga tahun 1991.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia sebenarnya lebih kepada penamaan kod yang digunakan oleh Kawasaki untuk ketiga-tiga model ZX-10R dengan penggunaan enjin serba baharu yang lebih berkuasa dan naik taraf dari segi penawaran teknologi.

 


Enjin baharu ‘Testarossa’ itu dikatakan telah menerima rekaan kepala silinder serba baharu dan diikuti oleh sistem operasi injap jenis finger-follower bagi mengurangkan beban terhadap sistem injap sebanyak 20 peratus, membolehkan putaran enjin yang lebih tinggi mampu dicapai dan kebuk pembakaran yang lebih kompak.

Apa yang menarik perhatian, enjin baharu ini boleh dilihat menerusi penggunaan penutup cam (cam cover) Testarossa berwarna merah.

Naik taraf enjin baharu ini turut disertakan dengan beberapa ciri naik taraf berikut mengikut model yang ditawarkan:


1. ZX-10R


Model asas ini menerima naik taraf kuasa kepada 203 PS tanpa bantuan daripada ram air, manakala kuasa tersebut mampu mencecah kepada 210 hp. 

Ia juga menerima ciri Kawasaki Quick Shifter (KQS) yang sebelum ini hanya ditawarkan untuk model SE dan juga RR. 


2. ZX-10R SE

Model tertinggi dalam penawaran ZX-10R ini menerima sistem suspensi elektronik serta rim forged Marchesini. 

Selain daripada pakej naik taraf aspek teknikal, model SE dikatakan menerima teknologi cat rawat sendiri (self-healing) yang dipinjamkan daripada model Kawasaki H2 2019, membolehkan ia membaiki dengan sendiri kesan calar yang kecil pada bahagian yang mudah terdedah kepada risiko.

Menurut Kawasaki, teknologi baharu ini terdiri daripada dua segmen cat yang lembut dan kasar ‘bekerjasama’ membentuk efek trampolin bagi membolehkan impak yang ringan diserap dengan berkesan dan mengurangkan kesan pelanggaran dengan jelas.


3. ZX-10RR

Model homologasi perlumbaan yang akan dibina sebanyak 500 unit terhad ini menerima lebih banyak tambahan kuasa kepada 204 PS, terima kasih kepada penggunaan titanium con rod Pankl yang mampu menjimatkan berat sebanyak 400 g, mengurangkan daya inertia sebanyak 5% dan meningkatkan 600 rpm lagi putaran enjin. 

Ia hanya akan ditawarkan dalam warna Lime Green sahaja. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Kawasaki Johor Bahru, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif…
Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…