Kawasaki Test Ride Road Show akan ke Johor Bahru hujung minggu ini

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jangan lepaskan peluang anda untuk tunggang uji model dan jentera terkini dari Kawasaki iaitu Z900, Z650, Ninja 650 dan Versys-X250.

 

“Kawasaki Test Ride Road Show” kini bakal menggegarkan Johor Bahru pada hujung minggu nanti, 22-24 September 2017 bertempat di Angsana Mall, Johor Bahru.

 

Pelbagai aktiviti menarik yang akan berlangsung seperti tunggang uji di litar khas, pameran motosikal, servis percuma untuk pemilik motosikal kawasaki, cabutan bertuah serta Nescafe percuma buat semua pengunjung. Acara ini terbuka kepada orang ramai secara percuma.

kawasaki road showkawasaki road show

Sebelum ini, Kawasaki Test Ride Road Show telah berlangsung di Stadium Selayang, Selangor dan mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih 2,500 pengunjung. 

 

Jangan lupa untuk kunjungi Angsana Mall hujung minggu ini dan tunggang uji jentera idaman anda!

kawasaki road showkawasaki road show