Kawasaki Ninja H2 SX - sport tourer dengan supercharger baharu

oleh HEZERI SAMSURI|
Kawasaki memperkenalkan model supercharged ketiga mereka di pameran EICMA di Milan semalam.

Berita terbesar dalam arena motosikal ini menyaksikan model sport tourer yang paling ekstrem di dalam barisan produk Kawasaki.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di bawah ialah fakta-fakta mengenai model terbaharu itu - Kawasaki Ninja H2 SX

  • Datang dalam dua warna dan dua nama - Kawasaki Ninja H2 SX (hitam) dan Kawasaki Ninja H2 SX SE (hijau)
  • Enjin 998cc supercharged sama dengan H2 tetapi ditala untuk tunggangan lebih mudah di jalanan dan juga mengurangkan pengeluaran haba.
  • Supercharger direka kembali agar lebih kompak tetapi agar ia sesuai dengan kebuk pembakaran serta komponen omboh, liang kemasukan dan liang ekzos baharu.
  • Enjin H2 SX menghasilkan 200 hp dan 137 Nm. Ini jauh berbeza dengan superbike H2R yang menghasilkan lebih dari 300 hp kerana supercharger yang memberikan boost setinggi 30 PSI.
  •  
  • Enjin H2 SX juga jauh lebih ringan - 3 kg lebih ringan! Berat keseluruhan H2 SX ialah 256 kg.
  • Kerangka Trellis hampir serupa dengan H2R dan H2 tetapi dengan sub frame belakang untuk pemasangan pannier dan juga untuk membawa pembonceng dan memberikan tunggangan lebih stabil pada kelajuan lebuhraya.
  • Sudut stereng diubah kepada 30 darjah agar lebih mudah dikawal pada kelajuan rendah.
  • Posisi penunggangan untuk H2 SX ialah lebih relaks dari GTR1400 tetapi tidak setegak Ninja 1000 SX. 
  • Tangki bahan api sebesar 19 liter dan ia mempunyai kadar penggunaan bahan api yang lebih baik dari Versys 1000 atau Ninja 1000 SX. Hmmm ….
  •  
  • Ninja H2 SX mempunyai badan yang lebih aerodinamik dan ia juga membantu mengalirkan haba dari enjin keluar jauh dari penunggang. Cermin hadapan pada model H2 SX SE adalah lebih besar dan lebih sesuai untuk perjalanan jauh.
  • Pannier direka agar rapat kepada badan H2 SX ini dan ia juga lebih aerodinamik. Menurut Kawasaki, ia telah diuji di Autobahn. Bentuknya, sekali imbas, sama seperti yang ada pada Versys 1000 dan Ninja 1000 SX.
  • Ninja H2 SX mempunyai tiga mod tunggangan dalam sistem KTRC atau Kawasaki Traction Control.
  • Semua varian H2 SX dilengkapi dengan cruise control.
  •  
  • Kawasaki Cornering Management Function (KCMF) menggunakan modul Bosch Inertial Measurement Unit (IMU) untuk mengawasi parameter-parameter kerangka semasa selekoh diambil. Ia kemudian mengawal brek dan kuasa enjin agar penunggang mampu merasai kelancaran situasi membrek ke pulasan pendikit. Dalam erti kata lain, penunggang yang tidak begitu “smooth” akan menjadi lebih lancar.
  • Kawasaki Ninja H2 SX juga hadir dengan kesemua di bawah ini.
    • KTRC - Kawasaki Traction Control, termasuk traction dan fungsi anti-wheelie
    • KIBS - Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System, termasuk sudut condong motosikal dan brek semasa di selekoh
    • Kawasaki Engine Brake Control (KEBC)
    • KLCM - Kawasaki Launch Control Mode, hanya untuk varian SE - mengawal kuasa enjin agar tidak ada wheel-spin dan wheelie ketika mula memecut.
  •  
  • Ninja H2 SX SE datang dengan cornering lights atau lampu membelok. Contohnya bila motosikal belok ke kanan, lampu sorot sebelah kanan akan menyala dan menerangi kawasan di sebelah kanan.
  • Ninja H2 SX SE turut diberikan skrin warna TFT LCD berbanding dengan skrin LCD biasa pada H2 SX SE. Skrin pada SE memberikan informasi dalam bentuk grafik dan ia mempunyai dua mod skrin - Touring dan Sport. 
  • Model SE itu juga mempunyai fungsi quick-shifter untuk penukaran gear tanpa klac pada kelajuan enjin melebihi 2500 rpm

 

Di bawah ialah spesifikasi Kawasaki Ninja H2 SX 2017

Engine
Type: Liquid-cooled, 4-stroke In-Line Four with Supercharger
Maximum Horsepower: 200 @ 11,000 rpm
Maximum Torque: 101 ft/lbs of torque @ 9,500 rpm
Compression ratio: 11.2:1
Valve system: DOHC, 16 valves
Bore x stroke: 76.0 x 55.0 mm
Displacement: 998cc
Fuel system: Fuel injection: Ø 40 mm x 4 with dual injection
Starting System: Electric
Lubrication: Forced lubrication, wet sump with oil cooler
Transmission: 6-speed
Clutch: Wet multi-disc

Chassis
Frame type: Trellis, high-tensile steel with Swingarm Mounting Plate
Suspension, front: 43 mm inverted fork with rebound and compression damping, spring preload adjustability and top-out springs
Suspension, rear: New Uni-Trak, gas-charged shock with piggyback reservoir, compression damping, rebound damping, remote spring preload adjustability and top-out spring
Tire, front: 120/70ZR17M/C (58W)
Tire, rear: 200/55ZR17M/C (75W)
Brakes, front: Dual semi-floating 320 mm discs. Caliper: Dual radial-mount, monobloc, opposed 4-piston
Brakes, rear: Single 250 mm disc. Caliper: 2-piston
Dimensions & Capacities

Trail: 4 inches
Wheel travel front: 4.7 inches
Wheel travel rear: 5.4 inches
L x W x H: 84 x 30.5 x 47.4 inches
Wheelbase: 58.26 inches
Ground clearance: 5.1 inches
Fuel capacity: 5 gallons
Seat height: 32.8 inches
Curb mass: 564 lbs.
2018 Kawasaki H2 SX Colors:

Metallic Carbon Gray/Metallic Matte Carbon Gray
Emerald Blazed Green/Metallic Diablo Black (SE)

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Kawasaki Johor Bahru, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif…
Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…