Kawasaki Menganjurkan Kursus Keselamatan Dan Menunggang Dengan Betul

oleh SALINA JALIL|
Kawasaki Motors Malaysia Sdn. Bhd. (KMSB) telah menganjurkan sebuah program yang dikenali sebagai 'Kawasaki Safety & Responsibility Riding Course' (Kursus Keselamatan dan Menunggang Dengan Betul) pada 20 Disember 2017 di Litar Sepang Go-Kart. Ini merupakan program yang pertama dianjurkan oleh KMSB dengan kolaborasi dengan pihak prinsipal Kawasaki Heavy Industries Ltd dan K-Tech Corporation Japan, untuk memberi peluang dan mendedahkan kepada pemilik Kawasaki tentang aspek keselamatan dan tanggungjawab semasa menunggang. Sesi program ini diadakan dalam bentuk teori dan praktikal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam ucapan Encik Ahmad Faez Tan Sri Yahya, Pengerusi Eksekutif KMSB 'Program ini dianjurkan untuk memberi kesedaran tentang aspek keselamatan and pihak KMSB ingin menyumbang untuk mengurangkan kadar kemalangan yang melibatkan kemalangan motosikal. Ia selaras dengan kehendak kerajaan dan agensi-agensi seperti JPJ, JKJR, PDRM dan lain lain dalam menangani kadar kemalangan jalanraya yang melibatkan penunggang motosikal. Kursus ini dianjurkan untuk mengajar penunggang bagaimana mengendalikan motosikal serta fokus kepada isu keselamatan dan menunggang dengan lebih selamat. Di samping mengajar bagaimana mengendalikan motosikal dengan selamat dan berkongsi dengan kemahiran fizikal dan mental yang diperlukan ketika berurusan dengan lalu lintas.'

Merujuk kepada statistik, dari tahun 2007 sehingga 2016, kadar kemalangan maut jalanraya di Malaysia adalah 73,954 dan merangkumi 63% (40,609) adalah dari penunggang motosikal dan kadar ini amat tinggi!  80% kadar kemalangan adalah dari kesilapan manusia sendiri! Di negara jiran seperti Indonesia, terdapat 184,022 jumlah kadar kemalangan pada tahun 2016, dan 74% adalah dari kemalangan motosikal.  Di Thailand jumlah kemalangan motosikal adalah 32,057 pada tahun 2016 dan di Vietnam kadar kemalangan motosikal meningkat dari 39% pada tahun 2007 dan 51% bagi tahun 2016.

KMSB percaya bahawa program ini dapat membantu dan menyumbangkan dalam pengurangan kadar kemalangan jalanraya dan kematian untuk pengguna motosikal. Menurut penyelidikan yang telah diadakan, kesalahan lalu lintas yang biasa dilakukan adalah seperti kelajuan, tidak mematuhi lampu isyarat, memotong giliran, penggunaan telefon bimbit, memotong di 'double line' dan menunggang di laluan kecemasan.

Menurut Ahmad Faez lagi, 'Dengan maklum balas ini, kita boleh rumuskan bahawa tahap kesedaran tentang keselamatan, kekurangan minda positif, sikap dan skil penunggang adalah punca utama kemalangan jalanraya. KMSB sentiasa menyokong kerajaan dan agensi berkaitan dalam mengendalikan keselamatan di jalan raya dan mengurangkan kadar kemalangan. Majlis pelancaran ini adalah sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat'.

Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar mahir yang telah dilatih dan diiktiraf oleh K-Tech dan Kawasaki Japan.  Mereka merupakan jurulatih profesional yang telah dilatih oleh K-Tech untuk memastikan bahawa setiap pelanggan yang dilatih menimba ilmu pengalaman pembelajaran dan peningkatan keupayaan menunggang.

Kursus ini terbuka kepada kesemua pelanggan Kawasaki yang sediada dan baharu.  Semasa sesi temuramah, pihak KMSB telah menyatakan bahawa mereka bercadang untuk mengadakan kursus ini lebih kerap di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor buat masa ini. Pelanggan yang ingin menyertai kursus ini perlu menggunakan motosikal Kawasaki milik mereka sendiri dan menggunakan jaket dan seluar menunggang yang betul, topi keledar, sarung tangan dan kasut yang betul.

kawa 1

 

Perasmian kursus ini telah dihadiri oleh Hideto Yoshitake, Pengurus Besar Kawasaki Heavy Industries Limited Japan, Hiroyuki Saito, Presiden K-Tech Japan, Yoshiro Segawa, Pengarah Urusan K-Tech Japan, Dato' Haji Rosli Isa, Ketua Pengarah JKJR, Professor Dato' Engineer Mohamad Dalib, Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ, Wee Hong Pengerusi MMSDA, Ahmad Faez Tan Sri Yahya, Pengerusi Eksekutif KMSB dan Dato' Jeffrey Lim, Pengarah dan Pengurus KMSB.