Kawasaki Malaysia anjur majlis berbuka puasa bersama anak yatim

oleh Muhamad Hanif|
Pada 9hb Jun lalu, telah berlangsung aktiviti berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Sri Kundang, Kundang, Selangor.
Merdeka Bonanza

Aktiviti tahunan ini adalah anjuran bersama Kawasaki Owners Group atau lebih di kenali di kalangan bikers sebagai KOG, Ninja 250 Group, Kawasaki Lady Bikers, Z9, Vulcan S, Kilat, RoyaleNight, ZX10/ZX6, Wilhin GT World Ninja Motors & Kawasaki Motors Malaysia.
 


Pengerusi Majlis En. Suhaimi Bin Kusaini atau lebih di kenali sebagai Miekawa dari KOG di kalangan bikers semua berkata "Kami berasa bertanggungjawab membantu golongan itu dan mahu berkongsi kegembiraan dengan mereka,". 

Objektif penganjuran majlis berbuka puasa ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial, meraikan golongan yang kurang bernasib baik disamping mengambil keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini.

Matlamat aktiviti agihan kuih-muih ini berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh kepada semua ahli kelab motosikal berkuasa tinggi berkaitan dengan kesedaran dalam menghayati bulan Ramadhan penuh dengan keberkatan. 
 


Lebih dari 120 biji motorsikal Kawasaki dari 250cc ke atas berkumpul di KMSB Kawasaki Glenmarie seawal jam 4.00petang. 

Konvoi bergerak jam 5.00ptg menghala ke Kundang untuk aturcara di Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Sri Kundang, Kundang, Selangor.

Selain daripada duit raya yang di edarkan kepada semua kanak-kanak di majilis ini, para bikers serta dengan pertolongan KMSB Kawasaki & Wilhin Motors berjaya mengumpul dana sebanyak RM7,000 untuk pusat jagaan ini.
 


Majlis penyerahan sumbangan duit raya telah disempurnakan oleh En. Awalludin Bin Mohammad Lip, Penolong Pengurus Besar Kawasaki Motors Malaysia,  Dato Seri Wilson dari Wilhin GT World Ninja. 

Seramai 57 orang anak-anak yatim yang hadir berasa amat bersyukur dan berterima kasih diatas keperihatinan yang di kongsi bersama para bikers semua. 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Motosikal
Enjin 125 cc tersebut menghasilkan 9.8 PS kuasa dan daya kilas sebanyak 9.6 Nm pada 6,000 rpm…
Tunggang Uji
Biarpun bersaing dengan beberapa jenama rakan senegara seperti Yamaha R25 dan Honda CBR 250R (…
Tunggang Uji
  Paling jauh, ia turun ke Bahau dari Kuala Lumpur. Sebenarnya, kami mahu melakukan beberapa…