Kasut memandu - tidak semestinya dari jenama sukan!

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk mereka yang benar-benar serius di dalam pemanduan kenderaan mereka, kepentingan kasut memandu memang nyata.

Namun begitu, kasut memandu yang sering terbayang ialah dari jenama barangan sukan seperti Puma (yang sangat popular) atau dari jenis barangan motorsports seperti AlpineStar atau Sparco.

Bagaimana jika kita mahukan sepasang kasut memandu yang bergaya kasual dan santai serta boleh dipakai dengan seluar slacks atau chinos untuk keluar makan ataupun ke pejabat?

tods

Kerana itu wujudnya kasut memandu yang mempunyai bentuk seperti mocasins tetapi dengan tapat getah berbiji.

Kasut memandu seperti itu memang wujud sejak zaman 50-an lagi sebenarnya di mana tapak getah itu memberikan cengkaman semasa menekan pedal.

Kasut memandu seperti ini datang dalam banyak warna dan dalam pelbagai jenama.

Dari jenama premium seperti M Gemi Veloce dan yang paling popular, Tod's Gommino hinggakan ke jenama lebih mampu milik seperti Tomaz dari Malaysia.

driving shoes

Jika anda ingin mencari sepasang kasut memandu begini, di bawah ialah beberapa tip yang mungkin membantu:

  • Pilihan warna terang seperti oren atau biru menahang memang menarik kerana kasut memandu memanga okay jika datang dalam warna-warna neutral. Tidak perlu jahitan terang dan kontras kerana ia mungkin sedikit keterlaluan.
  • Setokin? Sebenarnya kasut memandu ini sama dengan mocasins dan ianya okay untuk digunakan tanpa setokin ya.
no socks

 

  • Walaupun ada yang menggunakannya untuk ke pejabat, kasut memandu ini lebih sesuai untuk aktiviti santai dan bukannya untuk majlis rasmi ataupun menghadiri majlis perkahwinan ya!
  • Walaupun anda tidak mempunyai sebuah Ferrari, ia masih okay untuk memakai sepasang driving shoes. Cuma, kalau kita menunggang motosikal, memang tidak kena langsung dan kasut akan cepat rosak.
tods 2
  • Ramai yang tidak tahu tetpai biji-biji getah pada kasut memandu ini tidak lasak, terutama jika kita banyak berjalan dengannya. Jadi, jika anda rasa anda akan lakukan banyak aktiviti berjalan - cari kasut lain yang lebih sesuai.
  • Jangan pakai kasut memandu yang sudah terlalu lusuh dan kotor kerana untuk bergaya, kasut ini umpama baju - ia harus bersih, cantik berseri!

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Kedua-dua kasut itu diinspirasikan daripada model 911 S/T serta model asal 911 S(T) yang lebih…
Berita Global
Menggunakan asas Nissan Kicks e-Power 4WD, Nissan telah membalut keseluruhan badan Kicks ini dengan…
Berita Global
Dinamakan sebagai Ferrari ION F, ia membawakan ciri-ciri elegan dan anggun daripada Ferrari SF90…