Kastam sita 50 kenderaan mewah tiada AP bernilai RM11.4 juta

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah, menyita 50 kenderaan yang tidak mempunyai permit import (AP) dianggarkan bernilai RM11.37 juta menerusi Ops Bearing 2022 dilaksanakan bermula 15 Ogos lalu di sekitar Pelabuhan Klang.


Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Mohammad Sabri Saad, berkata semua rampasan membabitkan 41 kereta mewah pelbagai jenis dan sembilan motosikal berkuasa tinggi bernilai RM11,369,036.50 termasuk jumlah duti dan cukai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Semua kenderaan ini disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1957 kerana mengimport barang larangan yang pengimportannya dibenarkan dengan syarat ia tertakluk Permit Import dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

 

"Anggaran nilai rampasan adalah RM4.25 juta manakala jumlah duti dan cukai terbabit dianggarkan RM7.12 juta," katanya pada sidang media di Wisma Kastam Pulau Indah, hari ini (Isnin).

 

Mohammad Sabri berkata, sebanyak 45 kenderaan import dikesan dan dirampas di zon bebas Pelabuhan Klang, manakala lima lagi dirampas di sekitar daerah ini.

 

Katanya, kenderaan dan motosikal import yang disita itu dibawa dari pelbagai negara termasuk Jepun, Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Sweden.

 

"Berdasarkan siasatan awal mendapati ada kenderaan import ini dibawa masuk oleh pelajar antarabangsa yang baru mendaftar di institut pengajian tinggi di negara ini.

 

"Mereka tidak tahu ia menjadi kesalahan jika membawa kereta import tanpa permit import terdahulu. Namun, kita tidak akan berkompromi dengan alasan itu," katanya.

 

Mohammad Sabri berkata, kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan boleh menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam terdekat.

 

 

 

Berita Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pemeriksaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh dan tidak mempunyai insurans…
Berita Domestik
Katanya, operasi berkenaan dijalankan oleh pasukan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML)…
Berita Domestik
Menurutnya, rampasan terbesar membabitkan jumlah 3.8 juta barang rokok pelbagai jenama bernilai RM2…