Kastam rampas Range Rover bernilai hampir RM2 juta tiada AP

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah menyita sebuah kereta mewah jenis Land Rover Range Rover SV Auto yang tidak mempunyai permit import (AP) dianggarkan bernilai hampir RM2 juta di Kompleks MasKargo, Free Commercial Zone (FCZ), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Isnin lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Zon Tengah Selangor) Norlela Ismail berkata kenderaan itu diperiksa pada kira-kira pukul 4 petang hasil insitiaf pegawai kastam di kompleks berkenaan, kerana dipercayai diimport tanpa AP daripada Kementerian Pelaburan Perdagangan Dan Industri (MITI).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta itu dipercayai dibawa dari negara Eropah.

"Nilai dagangan yang disita dianggarkan RM1,097,300 yang melibatkan jumlah duti atau cukai yang dianggarkan RM1,884,000," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Nurlela berkata kenderaan itu dibawa ke pejabat penguatkuasaan kastam KLIA untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1(a) Akta Kastam 1967 kerana mengimport kenderaaan motor pasang siap tanpa permit.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Kastam Negeri Perlis, Ismail Hashim berkata, kejadian itu berlaku di lorong pemeriksaan…
Berita Domestik
"Bagi kenderaan klon ini ianya diseludup dari Singapura. "Kenderaan (motokar) diklasifikasikan…
Berita Domestik
Menurutnya, rampasan terbesar membabitkan jumlah 3.8 juta barang rokok pelbagai jenama bernilai RM2…