Karnival MYPerodua Nation gegar Sungai Petani hari ini!

oleh Afandi Che Muhamad|
Karnival terbesar anjuran Perodua, MYPerodua Nation kini kembali lagi dengan pelbagai tawaran dan aktiviti menarik khusus untuk pemilik kenderaan jenama tempatan berkenaan.

Menariknya, destinasi pertama kunjungan karnival berkenaan kali ini terletak di utara tanah air. Di mana? Di Amanjaya Mall, Sungai Petani. Wah!

Untuk makluman, karnival tersebut bakal membuka tirai penganjuran dari pukul 10 pagi hingga 10 malam bermula hari ini (13 Januari 2018) hingga esok.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin berkata, pihaknya menjanjikan 'sesuatu' untuk pengunjung yang bakal hadir ke karnival berkenaan esok (hari ini).

"Pengunjung yang hadir bakal menikmati diskaun sebanyak 50 peratus untuk alat ganti terpilih, aksesori GearUp dan cenderamata eksklusif.

"Bukan itu sahaja, kita (Perodua) turut menjalankan kempen Happy New Ride yang menawarkan rebat sebanyak RM2,000 bagi setiap pembelian model Bezza Standard G dan Alza manakala untuk Bezza Advance juga Axia pula RM1,500.," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah Zahari, pengunjung berpeluang membawa pulang seunit telefon pintar yang ditawarkan untuk cabutan bertuah karnival itu nanti.

Turut tidak ketinggalan, pengunjung bakal dihiburkan dengan konsert yang menampilkan beberapa selebriti seperti Aiman Tino, Aizat Amdan, Projector Band, Hazama, Siti Nordiana dan watak kartun terkenal, BoBoiBoy pada sebelah malam karnival berlangsung.

Maklumat lanjut mengenai MYPerodua Nation boleh didapati di laman web, www.perodua.com.my.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk rekod, jenama nombor satu Malaysia itu memiliki lebih 40 peratus pegangan pasaran dalam…
Berita Domestik
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh berkata, penanda…
Pelancaran
Pusat 3S baharu yang beralamat di Wisma Yusmanida, Lot 28808, Persiaran E1/1, Seri Pristana, 47000…