Kami sedang ‘dibunuh’ secara perlahan, kata pemandu ‘E-hailing’

oleh Shahrim Tamrin|
Syarat-syarat terbaru untuk para pemandu 'E-hailing' oleh kerajaan adalah langkah tersusun untuk melenyapkan industri ‘E-hailing’ dan menghalang pemandu ‘E-hailing’ untuk bersaing secara sihat dengan pemandu teksi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ketua kumpulan pemandu ‘E-hailing’ menyifatkan bahawa garis panduan terbaru oleh Kementerian Pengangkutan sebagai berat sebelah dan tidak boleh diguna pakai untuk perkhidmatan ‘E-hailing’.

 

“Langkah Kementerian Pengangkutan untuk pemandu 'E-hailing' bagi sama ratakan keadaan (level playing field) dengan pemandu teksi hanyalah satu usaha hanya untuk meredakan gesaan dari industri teksi dan kemarahan pemandu teksi dan pada masa yang sama membunuh industri ‘E-hailing’ secara perlahan,” kata Arif Asyraf Ali, presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia (GDMA).  

 

“Dengan melaksanakan keperluan lesen PSV, pemeriksaan Puspakom dan pengenalan E-kad untuk para pemandu ‘E-hailing’, ia adalah bebanan tambahan terhadap pemandu-pemandu khususnya pemandu-pemandu Grab,” tambahnya.

 

 

Dengan kewujudan 21 penyedia perkhidmatan aplikasi ‘E-hailing’ yang kini memberi peluang pekerjaan kepada sekitar 200,000 pemandu ‘E-hailing’ seluruh negara iaitu dianggarkan 50 peratus dari mereka adalah pemandu sepenuh masa, Arif berkata syarat-syarat terbaru oleh kerajaan hanya menguntungkan pemandu teksi kerana, “tidak mungkin pemandu-pemandu ‘E-hailing’ dapat meneruskan perkhidmatan mereka kerana kos-kos yang lebih tinggi berbanding apa yang dinikmati sekarang oleh pemandu-pemandu teksi.”

 

“Pemandu-pemandu teksi masih boleh meneruskan operasi mereka dengan cara 'street-hailing'. Manakala pemandu-pemandu ‘E-hailing pula terikat dengan akaun yang dikawal sepenuhnya oleh pihak syarikat dan kami tidak dibenarkan menggunakan cara ‘street-hailing’ (ambil penumpang tanpa aplikasi). Apabila melihat faktor-faktor tersebut, pelaksanaan undang-undang ‘E-hailing’ yang dikatakan sama rata, tidak akan membantu menyelesaikan permasalahan di antara dua industri ini,” kata Arif.

 

Dengan memberikan contoh bahawa pemandu teksi menikmati cukai jalan yang lebih rendah, potongan kadar tol lebuhraya 50 peratus, kemudahan hentian/parkir teksi sedia ada dan pelbagai lagi faedah yang lain, Arif menyatakan bahawa kerajaan sepatutnya mempromosikan persaingan kompetitif dalam industri perkhidmatan pengangkutan.

 

 

 

Berat sebelah 

 

Di dalam temubual eksklusif bersama Careta.my, Arif bermula sebagai pemandu Uber pada Jun 2015 dan selepas itu bertukar arah menjadi pemandu GrabCar (jenama dahulu untuk Grab).

 

“Sejak dari dahulu jelas Uber dan Grab sudah pun mengenakan syarat-syarat yang cukup ketat sejak bermulanya pengenalan perkhidmatan ‘E-hailing’ menerusi aplikasi di telefon pintar. Sebagai contoh, kami tidak boleh menolak permintaan ‘trip’ yang tertera di aplikasi melebihi tiga kali jika berada dalam lingkungan kawasan, 'rating’ untuk kebersihan dalam kereta dan sistem prestasi penilaian harian yang menyeluruh,” jelasnya.

 

Arif menyatakan penilaian ketat dari syarikat ‘E-hailing’ hasil dari maklum balas penumpang menerusi ‘rating’ di aplikasi telah pun mengakibatkan akaun pemandu digantung ataupun dibatalkan kerana tidak mengikut standard asas yang ditetapkan.

 

teksi malaysia

 

“Apakah hak sama rata yang dicanang oleh Kementerian Pengangkutan untuk pemandu-pemandu teksi? Sekiranya pemandu-pemandu teksi tidak mengikut standard yang ditetapkan, adakah mereka mempunyai sistem untuk menyekat pemandu teksi daripada mengambil penumpang?” tanya Arif. 

 

“Sekarang, dengan pengenalan peraturan baru untuk pemandu ‘E-hailing’ akan hanya menambah ‘stress’ (tekanan perasaan) terhadap pemandu dan ia mampu menganggu emosi dan pemikiran pemandu untuk pemanduan lancar dan selamat.”

 

“Kita jangan lupa, kerana sistem penilaian ketat oleh penyedia perkhidmatan ‘E-hailing’ terhadap pemandu telah terbukti berjaya menyebabkan ramai rakyat Malaysia telah bertukar kepada ‘E-hailing’.

 

“Kini, pemandu-pemandu Grab dihimpit dari dua arah iaitu perlu mematuhi peraturan terbaru untuk ‘E-hailing’ serta kena ikuti SOP (standard operating procedure) yang sangat ketat oleh pihak syarikat.” 

 

 

 

E-hailing akan berkubur

 

Arif menjangkakan bahawa ramai pemandu sambilan Grab akan ‘gantung kunci’ kerana, “tidak mampu untuk mengikut kehendak undang-undang tersebut dan boleh menyebabkan kegiatan ‘bawah tanah’ atau kewujudan semula ‘kereta sapu’ tanpa lesen yang merugikan banyak pihak dan menyumbang kepada masalah-masalah lain.”

 

“Perkhidmatan ‘E-hailing’ telah pun diakui oleh rakyat Malaysia sebagai nafas baru pengangkutan awam di samping ia sudah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, tidak membebankan pemandu dan penumpang serta perkhidmatan 'E-hailing' juga telah banyak membantu menjana ekonomi dan meringankan beban rakyat,” katanya lagi.

 

“Dengan peraturan terbaru Kementerian Pengangkutan, ia pasti menjadi bebanan dengan menyumbang kepada kenaikan kos serta tambang setelah perlaksanaan undang-undang tersebut.”

 

“Maka selepas ini, tiada lagi perkhidmatan yang berpatutan dan lancar pada masa hadapan dalam industri ‘E-hailing’ ini. Kami menggesa agar pihak Kementerian Pengangkutan dan syarikat penyedia aplikasi berbincang dengan lebih terperinci tentang perlaksanaan yang lebih mudah serta mengambil kira ciri-ciri sistem ‘E-hailing’ yang lebih efisien seperti sistem Grab,” kata presiden GDMA.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, syarikat ride-hailing Bolt itu telah menyenaraikan di LinkedIn untuk jawatan…
Berita Domestik
Malah, ada juga warga tempatan yang turut terlibat dalam aktiviti kereta sapu ini. Pemeriksaan…
Berita Domestik
Setiausahanya, Asad Hanapi berkata, antara inisiatif yang diharapkan adalah pelaksanaan…