Menurut kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dengan menggunakan sampel daripada penduduk Latvia, mereka telah menemukan kaitan di antara tabiat merokok dengan kelakuan yang tidak menyenangkan ketika berada di atas jalan.
Sebanyak 12,619 orang responden telah mengambil bahagian di dalam kajian tersebut, dan daripada jumlah tersebut, 33.2% daripadanya merupakan perokok tegar.
Berdasarkan kajian yang diperoleh menerusi pembahagian kumpulan umur, jantina, serta faktor yang berkaitan, didapati peratusan kumpulan perokok yang dimaksudkan merupakan golongan yang ingkar mematuhi peraturan di atas jalan seperti tidak memakai tali pinggang keledar, enggan memberikan isyarat ketika membelok serta pelbagai kelakuan yang membahayakan.
Malah, kumpulan perokok tersebut secara jujurnya melaporkan mereka tidak pernah memakai tali pinggang keledar sekalipun ketika memandu atau menumpang kenderaan, berlawanan dengan golongan yang bukan perokok.
Merokok itu sendiri merupakan salah satu faktor yang menyebabkan tumpuan pemanduan teralih dan di dalam satu kajian yang dibuat oleh National Institute of Health, tabiat merokok ini lebih mendatangkan bahaya daripada golongan yang menggunakan telefon pintar ketika memandu.
Jadi, adakah anda juga berada di dalam golongan yang serupa?
Sumber: sini