Kadar sewa lot parkir di Hong Kong cecah RM5,000 sebulan!

oleh Muhamad Hanif|
Hartanah di Hong Kong merupakan antara yang bernilai tinggi di dalam dunia, dengan rekod tertinggi penjualan apartment yang pernah dicatatkan bernilai $149 juta (RM588 juta!)
Merdeka Bonanza

Tidak terhenti setakat itu, ruang parkir kereta juga tidak boleh lari daripada menjadi mangsa harga yang tidak munasabah. 
 

Difahamkan, sebuah tempat meletak kereta di bandar Kowloon telah disewakan pada harga US $1,274 (RM5,000) untuk sebulan. 

Menurut ejen hartanah yang bertanggungjawab, mereka mengesahkan pengambilan tanah seluas 135 kaki persegi itu bagi menyediakan lot parkir untuk projek pembangunan mewah Ultima di kawasan kediaman Ho Man Tin. 

Apa yang menyebabkan harga parkir itu melambung tinggi adalah disebabkan projek Ultima hanya menyediakan sejumlah 370 ruang parkir bagi menampung 527 unit rumah di dalam kawasan tersebut. 

Menurut akhbar South China Morning Post, kadar sewa parkir tersebut bernilai lebih daripada kadar sewa apartment terkecil yang terdapat di Hong Kong. 

Sumber: Business Insider

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Ramai yang tidak tahu bahawa Tesla ialah sebuah syarikat yang hanya akan masuk ke sebuah negara…