Kad Mesra Petronas dengan tiga kali ganda mata ganjaran!

oleh SALINA JALIL|
Petronas Dagangan Berhad (PDB) telah melancarkan struktur terbaharu untuk kad Mesra dengan tiga kali ganda mata ganjaran di Kuala Lumpur semalam. Mata ganjaran ini boleh ditebus oleh setiap pemegang kad Mesra untuk setiap liter pembelian bahan api samada minyak petrol Primax 95 atau 97 atau diesel Euro 2 atau 5 di mana-mana stesen minyak di seluruh negara bermula semalam, 16 November 2017.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketua Pemasaran PDB, Abang Jimmy Abang Mordian berkata bahawa struktur tiga kali ganda mata ganjaran ini adalah yang tertinggi di pasaran dan ini menawarkan lebih banyak nilai, dipercepatkan penebusan mata ganjaran dan lebih mudah untuk ditebus mata ganjaran. Beliau juga berkata penstrukturan ini dibuat memandangkan PDB memahami tentang kos sara hidup yang semakin meningkat dan mencabar dan berharap dengan menggandakan sebanyak tiga kali ganda mata ganjaran ia dapat membantu pelanggan Petronas dan meringankan sedikit bebanan sara hidup memandangkan mata ganjaran dapat ditebus dengan pembelian bahan api itu sendiri di stesen-stesen minyak Petronas yang berjumlah lebih dari 1000 di serata Malaysia.

 

Pengiraan mata ganjaran tiga kali ganda ini adalah seperti begini:-

Contoh - Setiap satu liter minyak akan diberikan tiga ganda mata ganjaran, sekirannya anda mengisi 225 liter minyak, mata ganjaran anda adalah 675 (225 liter x 3 ganda) bersamaan RM6.75 berbeza dengan pesaing-pesaing lain yang memberikan 450 (225 liter x 2 ganda) bersamaan RM5.00

Selain dari menebus mata ganjaran dengan pembelian bahan api, kad loyalti ini juga boleh ditebus dengan pembelian barang-barang lain di Kedai Mesra.

 

Abang Jimmy juga berkata sempena kejayaan Mercedes AMG Petronas yang memenangi empat tahun berturut-turut di kejuaraan Formula One, PDB menawarkan pembelian edisi terhad t-shirt Petronas 4X World Champion pada harga RM15 berserta 200 mata ganjaran (harga jualan adalah RM20).  T-shirt ini akan mula dijual pada 1 Disember 2017 sehingga kehabisan stok.

Sekiranya anda ingin memohon kad loyalti Mesra ini, anda cuma perlu ke stesen Petronas dan memohon kad tersebut.  Ia adalah percuma.  Atau anda boleh membuat permohonan di www.mymesra.com.my  

 

 

image 4

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Pegawai Eksekutifnya, Junior Cho, berkata di bawah kerjasama itu, mereka yang berbelanja…
Berita Domestik
  Inisiatif ini adalah sebahagian daripada Kempen "Small Change Goes the Distance" PDB yang…
Pelancaran
Petronas Dagangan Berhad hari ini melancarkan bahan api baharu Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive…