Kad akses integrasi pengangkutan awam tanpa had bermula awal tahun hadapan - Anthony Loke

oleh Mohamad Hanif|
Manifesto Pakatan Harapan pada PRU ke-14 tempoh hari menjanjikan kad akses kepada pengangkutan awam dengan kadar RM100 sebulan akan menjadi realiti bermula awal tahun hadapan, ujar Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Laporan daripada The Edge Market itu menyebut kad akses integrasi tanpa had itu bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai orang untuk menggunakan perkhidmatan MRT, perkhidmatan rel yang lain dan juga bas yang telah disediakan.

 


Bulan lalu, terdapat laporan yang mengatakan bahawa kad akses bulanan ini akan dikaji dengan lebih teliti sebelum ia boleh dilaksanakan kepada umum, disebabkan Kementerian Pengangkutan berkata ia mungkin akan memberikan kesan kepada kedudukan kewangan negara. 

Sementara itu, untuk perkhidmatan perkongsian kenderaan seperti motosikal peribadi, Loke tidak bersependapat oleh kerana kadar kemalangan motosikal yang tinggi dicatatkan oleh rakyat Malaysia. 

Walaubagaimanapun, beliau mengesahkan bahawa akan meneliti dan mengkaji semula isu ini. 

Loke berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Khairy Jamaludin (BN-Rembau).