JustGrab tawar khidmat teksi dan kereta sewa persendirian sekaligus!

oleh Muhammad Md Tajudin|
JustGrab tawar khidmat teksi dan kereta sewa persendirian sekaligus!
JustGrab tawar khidmat teksi dan kereta sewa persendirian sekaligus!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Isu e-hailing memang hangat diperdebat dan dibincangkan di serata dunia. Paling hangat ialah di antara pemilik atau pemandu teksi dengan mereka yang menawarkan khidmat ini menggunakan kereta peribadi. Mengambil jalan tengah, Malaysia adalah negara pertama di dunia yang menghalalkan khidmat e-hailing dengan peraturan dan standard tersendiri.

Ini pula khidmat teksi-kereta sewa persendirian yang dijenamakan semula oleh Grab.

Grab, penyedia perkhidmatan e-hailing pilihan utama  di Asia Tenggara dan Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran perkhidmatan JustGrab di Pulau Pinang, Langkawi, Melaka, Johor Bharu, dan Kota Kinabalu.

Ciri ini menggabungkan kecekapan kenderaan GrabTaxi dan GrabCar di bawah satu perkhidmatan dengan dengan satu ‘klik’ sahaja. Ini bermakna, pelanggan akan ditawarkan khidmat teksi atau GrabCar bergantung kepada pemandu mana yang berada berhampiran.

 

JustGrab tawar khidmat teksi dan kereta sewa persendirian sekaligus!

 

Berikut adalah manfaat yang ditawarkan kepada penumpang:

Tempoh menunggu yang lebih singkat: Penumpang boleh mengakses rangkaian kenderaan yang lebih luas di kawasan berdekatan. Dengan kata lain, ia memendekkan tempoh menunggu.

Ketelusan harga: Harga tambang dipaparkan pada skrin tempahan membolehkan penumpang mengetahui dengan jelas jumlah tambang yang perlu dibayar bagi setiap perjalanan sebelum mereka mengesahkan tempahan.

Ini bermakna, tidak kira sama ada mereka mendapat teksi atau kereta sewa persendirian, tambang yang perlu dibayar adalah seperti yang dipaparkan dalam aplikasi (tidak termasuk bayaran untuk tol).

Lebih banyak pilihan perjalanan pada harga berbeza: JustGrab menjadi pelengkap kepada perkhidmatan Grab sedia ada iaitu GrabTaxi dan GrabCar dengan memberikan pilihan kepada pengguna untuk memilih mod pengangkutan mereka.

Pengguna yang suka menggunakan tambang bermeter boleh memilih GrabTaxi, manakala mereka yang suka menaiki kereta sewa persendirian boleh memilih GrabCar, dan bagi mereka yang tidak mahu menunggu lama boleh memilih JustGrab.

Sokong inisiatif kerajaan dan beri peluang sama rata

“Tujuan kami memperkenalkan JustGrab bukan sahaja sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami dan perkhidmatan pengangkutan tempatan, tetapi lebih penting lagi ialah untuk menyokong inisiatif kerajaan dan memberi peluang yang sama rata kepada industri pengangkutan dan teksi di Malaysia.

Ia sentiasa menjadi misi utama kami. Ini turut menyokong saranan kerajaan agar lebih banyak pemandu teksi mendakap ekonomi digital dan mendaftar dengan perkhidmatan tempahan kereta sebagai pendekatan yang lebih berkesan untuk meningkatkan pendapatan mereka,” kata Ketua Grab Malaysia, Sean Goh.

Kejayaan JustGrab

 

JustGrab tawar khidmat teksi dan kereta sewa persendirian sekaligus!

 

JustGrab yang dilancarkan secara rasmi buat pertama kali di Singapura pada Mei 2017 dan di Thailand pada Ogos 2017, diterima baik oleh penumpang dan rakan pemandu kerana ianya mudah, mempercepatkan perjalanan dan harga tambang yang dipaparkan terlebih dahulu dalam aplikasi sebelum tempahan dibuat.

Hari ini, 80% daripada perjalanan di Singapura adalah menerusi JustGrab, di mana penumpang menikmati purata masa menunggu kurang daripada 3 minit. Rakan pemandu teksi yang berdaftar dengan JustGrab turut mendapat pendapatan yang lebih tinggi, dengan peningkatan 25% tempahan teksi.

Daripada Flash kepada JustGrab

Goh turut berkongsi bahawa JustGrab sebenarnya diwujudkan melalui sebuah idea yang telah dipertingkatkan dan dikembangan selepas ia diuji di Malaysia.

“Pada 2016, kami telah menguji satu ciri yang dikenali sebagai ‘Flash’ di Lembah Klang yang menggabungkan pemandu teksi dan GrabCar kami di bawah satu perkhidmatan bagi membantu memenuhi permintaan pengguna semasa waktu puncak di kawasan yang sesak.

Ujian berkenaan berlangsung selama lebih kurang dua bulan dan ianya memberikan banyak input hingga membolehkan kami memperkenalkan secara rasmi JustGrab di Singapura, Thailand dan kini di tanah air kami sendiri,” jelas Goh.

Tambah beliau lagi, Grab sentiasa melakukan kajian terhadap pasaran dan menguji ciri-ciri tertentu sebelum ianya diperhaluskan dan ditawarkan di bandaraya atau negara lain.

“Kami sangat teruja apabila melihat bagaimana sesuatu idea itu membantu meningkatkan mutu rangkaian pengangkutan dan kehidupan penumpang serta pemandu di negara berkenaan dan ia turut menggalakkan penyedia perkhidmatan tempahan kereta lain untuk memperkenalkan ciri yang serupa,” tambah Goh.

JustGrab boleh digunakan dengan memuat turun aplikasi Grab melalui Google Playstore atau App Store.

Muhammad Md Tajudin

Tags