Juha Kankkunen berseronok dengan SEAT Ateca di atas tasik beku di Finland

oleh Muhammad Md Tajudin|
Juha Kankkunen berseronok dengan SEAT Ateca di atas tasik beku di Finland
Juha Kankkunen berseronok dengan SEAT Ateca di atas tasik beku di Finland
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Juha Kankkunen atau KKK adalah legenda rali dunia. Beliau adalah juara empat kali Rali Dunia (WRC) dengan 23 kemenangan dan 75 podium.

Ini pula aktiviti yang dilakukan oleh beliau dan SEAT. Di kala musim panas sedang berlangsung di Eropah dengan beberapa buah negara mencatatkan suhu melebihi 40 darjah selsius, SEAT dan KKK berkunjung ke tasik Pikku-Nissi untuk menguji SUV Ateca.

Tasik yang terletak di utara Finland dan 200 km dari Bulatan Artik itu sekarang sedang keras membeku.

Seronok bukan bermain dan meluncur di atas tasik beku dengan sebuah SUV tanpa apa-apa halangan seperti pokok atau curam.

Berikut ialah fakta dan catatan yang dibuat oleh SEAT. Marilah kita baca dengan tenang (sambil cemburu dengan KKK) walaupun belum tentu dapat menahan cuaca paras beku di sana.

 

Juha Kankkunen berseronok dengan SEAT Ateca di atas tasik beku di Finland

 

Seperti memandu dalam peti sejuk - Tempoh musim sejuk di Finland adalah enam bulan menjadikannya musim paling lama dalam setahun. Dengan suhu negarif 20 darjah selsius, Kankkunen memandu Ateca tanpa setitik peluh pun (ha ha ha, yang ini kelakar).

Meluncur di atas salji - Tasik Pikku-Nissi ialah salah satu dari 188,000 kawasan berair di Finland. Walaupun musim panas mengubah langsung suasana landskap di sana, permukaan tasik membeku pada musim sejuk dengan ketebalan 90 cm yang membolehkan kereta di pandu dengan selamat di atasnya.

Lokasi ujian ekstrem - Utara Finland ialah lokasi di mana Ujian Musim Sejuk dilakukan oleh jurutera SEAT bagi menguji kenderaan prototaip sebelum dipasarkan kepada umum. Objektif ujian ialah supaya cengkaman, kestabilan sistem brek dan sebagainya berfungsi dengan baik walaupun dalam suhu ekstrem.

Gelanggang salji -  Tayar salji dengan paku khusus dan sistem cengkaman 4Drive SEAT membantu Kankkunen kekal berada di laluannya. Selain itu, semasa memandu di permukaan salji atau ais, pemandu SEAT, Jordi Gené yang turut mengambil bahagian dalam sesi ujian di Finland menasihatkan supaya pedal ditekan lembut dan pada masa yang sama gerakkan stereng, memecut dengan perlahan dan apabila perlu gunakan gear tinggi.

KKK - Ini pula apa yang dikatakan oleh Kankkunen selepas sejam memandu Ateca di atas tasik beku "Kereta yang dilengkapi sistem 4Drive sangat sesuai untuk keadaan seperti ini. Ateca mempunyai ciri-ciri sebuah kenderaan yang solid dan ia senang dan seronok untuk dipandu. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar UK, Thomas berkata, "model SEAT sedia ada akan terus dihasilkan dalam…
Informasi
  Begitu canggih sehinggakan jurutera boleh ke pelbagai tempat dari puncak gunung Mont Blanc…
Berita Global
  Sekam padi kitar semula itu lebih ringan berbanding kedua-dua bahan tersebut. Jika menjadi,…