Juara Isle of Man TT akan tunggang Norton tahun ini

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Juara lagenda John McGuiness yang menempa nama dengan menunggang jentera Honda dan memenangi 23 perlumbaan TT di Isle of Man secara rasminya akan menunggang untuk jenama Norton tahun ini.

Desas desus beliau akan meninggalkan Honda sudah jelas sejak tahun lalu kerana McGuiness menyuarakan kekesalan atas kelembapan Honda untuk memperbaiki jentera lumba Honda CBR1000RR SP2 yang dikatakan semakin dimakan usia (dari segi teknologi).

McGuiness sebenarnya masih lagi belum pulih dari kecederaan yang dialaminya setelah jatuh pada perlumbaan Nort West 200 tahun lalu.

Untuk motosikal Norton pula, projek Norton SG ini masih belum dibuktikan tetapi McGuiness yakin ia mampu digilap.

"Saya bersedia untuk bertukar pasukan dan saya perlukan semangat baharu. Norton nampaknya mampu memberikan itu kepada saya," ujar McGuiness.

Berita Berkenaan

Berita Global
Insan pertama yang menerima penganugerahan tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Takahashi…
Berita Global
Mungkin kerana terlalu laju, Porsche itu terbang dan berguling beberapa ratus kaki sebelum terhenti…
Sukan Bermotor
Beliau yang menunggang jentera Tyco-BMW S1000RR turut melakukan rekod dengan kelajuan malar…