Juara EV di Eropah sekarang bukan TESLA atau VW tapi ... 

oleh HEZERI SAMSURI|
Kenderaan elektrik (EV) paling laris di Eropah sekarang ini bukannya dari Tesla atau Volkswagen, tetapi dari Renault.

Jualan Renault Zoe kini mengatasi jualan Tesla Model 3 di Eropah untuk separuh pertama tahun 2020.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Sebanyak 37,540 unit Zoe terjual dalam masa itu, hasil dari pelbagai insentif oleh kerajaan-kerajaan Eropah.

Contohnya kerajaan Perancis memberikan sehingga Euro 7,000 untuk mereka yang mahu membeli EV dan jumlah itu boleh ditambah sebanyak Euro 5,000 lagi sekiranya mereka melupuskan kenderaan lama.

Jerman pula menawarkan subsidi sehingga Euro 9,000 untuk pembelian kenderaan EV.

Renault Zoe berada dalam satu kategori dengan Tesla Model 3, Volkswagen Golf Elektrik dan Nissan Leaf.

* Berita asal dari European Auto News

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
EV GAC AION Y Plus 2024 diperkenalkan semasa Malaysia Autoshow 2024 di MAEPS, Serdang dan hadir…
Berita Domestik
Anjuran peraduan teka nama model EV pertama Proton adalah memberi bayangan bahawa EV pertama di…
Berita Domestik
Majoriti lokasi ini menawarkan berbilang pusat pengecasan AC, menjadikannya sesuai untuk mengecas…