Jualan Proton meningkat sebanyak 12.5%

oleh SALINA JALIL|
Proton merekodkan kenaikan jualan sebanyak 12.5% setakat tahun sehingga kini, dengan jumlah jualan sebanyak 56,297 unit berbanding 50,091 unit dalam tempoh yang sama tahun lepas. Ini dapat dicapai meskipun keseluruhan jualan kereta pada bulan September 2017 mengalami penurunan berikutan bilnagan cuti umum yang banyak pada bulan tersebut. Peningkatan turut disebabkan oleh pertumbuhan sebanyak 1.7% tahun sehingga kini untuk jumlah volum industri (TIV) berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Proton, Abdul Rashid Musa berkata Proton amat bernasib baik dengan perancangan model Saga dan Persona yang masing-masing dilancarkan pada bulan Ogos dan September 2016.  Dengan penambaikan yang dilakukan pada kedua-dua model ini, Proton telah berjaya meningkatkan penjualan kereta, di mana sebahagian besarnya adalah melalui hasil jualan kedua-dua model tersebut, iaitu 42.7% (24,061 unit) dan 27.4% (15,448 unit) bagi keseluruhan jualan kereta Proton setakat ini.  Jumlah jualan kedua-dua model ini juga lebih baik berbanding 2016 dengan peningkatan sebanyak 9,661 unit.  Kenaikan untuk model Persona memperlihatkan kenaikan sebanyak 90% berbanding tahun lepas.

 

persona 1

 

Tambah beliau, pendekatan yang diambil Proton dalam membawa kereta Proton dekat kepada pelanggan telah mula menampakkan hasil.  Proton giat melakukan siri jelajah dengan lebih lebih agresif, memasuki ke lokasi kawasanyang sibuk terutama pada hujung minggu.  Pameran ciri-ciri keselamatan yang ada pada model kereta-kereta Proton di siri jelajah Proton telah dapat menarik minat orang ramai.  Ini menunjukkan tanda-tanda positif bagi Proton dan inilah sebabnya Proton memerlukan rakan kongsi yang baik dalam memastikan syarikat dapat terus kekal dan berdaya saing di pasaran.  Proton sedar akan cabaran-cabaran yang mendatang dan bersama rakan kongsi baharu, Proton akan terus bekerja bersama untuk mendapat hasil yang lebih baik.

 

saga 1

 

Melihat kepada maklum balas positif yang diterima dari pelanggan, Proton kini meneruskan tawaran 5 nilai hebat dengan servis percuma selama 5 tahun* dan waranti selama 5 tahun* untuk setiap pembelian kereta Proton di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Proton di 1800 888 398 atau e-mel kepada [email protected].  Pelanggan juga boleh layari laman web www.proton.com atau Facebook rasmi www.facebook.com/ProtonCarsOfficial.  Atau boleh memuat turun aplikasi rasmi MyProton yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.

*Perkhidmatan percuma tamat selepas 5 tahun atau 100,000 km (mana-mana yang terdahulu) termasuk alat ganti, minyak enjin dan caj pekerja.  Waranti tamat selepas 5 tahun atau 150,000 km (mana-mana yang terdahulu).  Tawaran bermula dari 1 November sehingga 30 November 2017*.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…