Jualan Proton meningkat 50% pada bulan Jun

oleh SALINA JALIL|
Proton mengakhiri separuh tahun pertama 2018 dengan mencatatkan peningkatan jumlah jualan sebanyak 50 peratus berbanding bulan lepas dengan jumlah 6,173 kereta Proton dijual berikutan kesempatan tawaran GST berkadar sifar serta promosi Duit Raya.

Sama seperti bulan-bulan sebelum ini, Saga dan Persona terus mendahului jualan dengan jumlah pendaftaran hampir 3,000 unit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar berkata pelaksanaan sistem Audit Produk Pelanggan Global (GCPA) telah menunjukkan pengurangan yang ketara bagi mata demerit pengeluaran. Kualiti produk yang telah ditambahbaik untuk semua kereta Proton juga merupakan faktor penjualan meningkat di samping pelbagai promosi menarik serta GST sifar. 

Skor kualiti yang semakin baik dengan 755 mata pada tahun 2017 dalam Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) oleh J.D Power, Proton memulakan inisiatif peningkatan kualiti bagi mencapai prestasi yang lebih baik pada 2018. Skor CSI diukur melalui kaji selidik prestasi pengedar dalam lima perkara (mengikut kepentingan): 

- kualiti servis (32%) 
- inisiasi servis (22%)
- pengambilan kenderaan (18%)
- penasihat servis (15%)
- kemudahan servis (13%) 

Proton telah memulakan aktiviti untuk meningkatkan skor di setiap bidang.
Skor-skor terdahulu yang menggunakan sistem audit dalaman PROTON yang ketat telah menunjukkan peningkatan dalam skor CSI. Melalui pelaksanaan sistem GCPA, kualiti kereta Proton telah bertambah 3 kali ganda dalam tempoh 8 bulan yang lalu, diukur mengikut standard kualiti oleh VOLVO. Apabila digabungkan, kedua-dua aktiviti inisiatif CSI dan pelaksanaan audit produk ini menyaksikan peningkatan dalam pengalaman pelanggan secara keseluruhan.
 

 

Proton juga turut menyumbang sebanyak RM10 bagi setiap kereta yang dijual bermula 1 Jun sehingga 31 Disember 2018 untuk Tabung Harapan Malaysia. Selepas sebulan program ini dilaksanakan, jumlah kutipan adalah sebanyak RM61,730 dan akan disalurkan ke Tabung tersebut.

Rashid juga berkata bahawa semasa pertemuaan antara Perdana Menteri Ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Pengerusi Zhejiang Geely Holding Group, Li Shufu, Tun telah memandu uji unit pra-pengeluaran pemanduan sebelah kanan pertama SUV pertama Proton yang akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi. 
Tun juga telah menghabiskan hujung minggu berikutnya dengan memandu uji SUV tersebut sekali lagi dan memberitahu bahawa SUV tersebut adalah baik dan beliau berasa kagum dengan kualitinya.
Beliau turut mengulas bahawa SUV ini akan menjadi produk yang baik untuk pasaran automotif Malaysia dan beliau mahukan lebih banyak syarikat Malaysia terlibat dalam membekalkan komponen automotif.

Setelah memperoleh pandangan positif daripada Perdana Menteri, Proton kini memperhebatkan lagi usaha publisiti bagi SUV bersempena dengan pelancarannya pada hujung tahun ini.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…