Jualan Proton kekal meningkat, Saga dan Persona paling laris

oleh Muhammad Md Tajudin|
PROTON terus mengekalkan pertumbuhan mantap dalam prestasi jualannya pada tahun ini. Pada 30 November 2017, PROTON mencapai 66,190 unit jualan, peningkatan sebanyak 2% berbanding 65,069 pada tempoh yang sama tahun lepas.

"Ia merupakan satu perjalanan yang mencabar untuk PROTON sejak 5 tahun yang lalu dan pertumbuhan mantap yang direkodkan dari Januari hingga November 2017 merupakan pencapaian yang positif untuk PROTON.

Kami akan bekerja dengan lebih keras di bulan yang mendatang dan kami mengalu-alukan para pelanggan untuk mengambil kesempatan terhadap promosi hujung tahun bagi kereta Proton," kata En. Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan & Pemasaran, PROTON.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Saga dan Persona paling diminati

 

 

Saga dan Persona kekal mendahului semua model Proton yang lain dengan jumlah jualan masing-masing sebanyak 28,368 dan 18,113 unit tahun hingga kini, menyumbang sebanyak 70% daripada jumlah jualan kereta Proton.

"Pertumbuhan ini dapat dilihat dari peningkatan tahap kualiti yang dilakukan di peringkat dalaman. Bekerjasama dengan rakan kongsi, PROTON memperhebatkan proses dan usaha peningkatan kualiti melalui perkongsian pengetahuan dan kemahiran dengan lebih mendalam, serta peluang latihan untuk pekerja PROTON di Geely, China." ujar En. Abdul Rashid.

"Saga dan Persona menjadi pilihan paling popular di kalangan pelanggan kami kerana kelebihan nilai yang sangat baik bagi kedua-dua model ini. Saga baharu menawarkan pemanduan yang hebat, lebih lancar dan mempunyai ciri-ciri kemudahan yang moden dan praktikal, sesuai bagi mereka yang ingin memiliki kereta untuk pertama kali.

Sementara itu, Persona pula lebih fleksibel sesuai untuk mana-mana individu berbeza personaliti. Yang paling penting, kedua-dua model ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang baik di samping memberikan pemanduan yang menyeronokkan pada setiap perjalanan," ujar En. Abdul Rashid.

Jualan Iriz meningkat selepas Perlumbaan Sepang 1000 km

 

Selain itu, jualan Iriz sedikit meningkat berbanding sebelum ini selepas bersaing dalam perlumbaan Sepang 1,000 km.

"Kemajuan yang positif dapat dilihat kerana PROTON sudahpun memiliki produk yang baik. Ketahanan dan kehandalan kereta Proton telah diuji melalui perlumbaan ketahanan selama 9 jam di Sepang 1,000 km 2017 bulan lepas di mana kereta Proton diumumkan sebagai juara keseluruhan.

Kami akan terus berusaha untuk memperbaiki lagi kereta Proton dan Syarikat berharap dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan ke tahap yang lebih baik," ujar En. Abdul Rashid.

Dengan kemenangan tersebut, jualan Iriz telah menunjukkan peningkatan sebanyak 2.8% pada November 2017 berbanding Oktober 2017, selepas menunjukkan prestasi yang kurang memberansangkan sebelum ini.

Promosi Disember 2017 – Bonanza Akhir Tahun

Dengan peningkatan kualiti, tawaran yang lebih baik iaitu RM0 penyelenggaraan sehingga 5 tahun* dan penjimatan sehingga RM8,000*, Bonanza Akhir Tahun PROTON menawarkan penyelenggaraan bernilai RM0 sehingga 5 tahun, termasuk minyak enjin dan kos pekerja.


*Caj penyelenggaraan RM0 tamat selepas 5 tahun atau 100,000km (mana-mana terdahulu) termasuk alat ganti, minyak enjin dan caj pekerja. Waranti tamat selepas 5 tahun atau 150,000km, mana-mana terdahulu.

Penjimatan dan nilai bayaran ansuran bergantung kepada model kereta. Tertakluk kepada terma dan syarat. Promosi sah dari sekarang sehingga Disember 2017.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…