Jualan pasaran Proton untuk bulan Januari 2018 meningkat 2.1%

oleh SALINA JALIL|
Proton mencatatkan jualan 4,783 unit kereta pada Januari 2018 dengan jumlah unjuran pegangan pasaran 10.9%, peningkatan daripada 8.8% pegangan pasaran pada bulan sebelumnya, walaupun mencatatkan jualan lebih rendah daripada 4,802 unit pada Disember 2017.

Model yang paling popular dan menjadi pilihan adalah Saga, Persona dan Exora yang merangkumi 80% daripada jumlah jualan kereta Proton untuk bulan Januari 2018.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran Proton, Abdul Rashid Musa berkata "Sebagai kereta dengan harga yang paling berpatutan dan memberikan nilai hebat bagi segmennya, Saga tetap menjadi pilihan paling popular di kalangan pelanggan Proton, melibatkan sebanyak 41% daripada keseluruhan jualan kereta Proton. Sememangnya, Saga telah memperkayakan kehidupan lebih daripada 1.7 juta keluarga Malaysia sejak pengeluaran pertamanya. Ia telah menerima banyak pengiktirafan seperti anugerah ‘Value for Money Car’ pada 2016 dan ‘Compact Sedan of the Year’ pada 2017"

Beliau juga berkata bahawa Proton Saga terkini yang merupakan generasi ketiga, telah ditingkatkan, pembaharuan dan penambahbaikan.  Di samping mempunyai kabin yang lebih senyap dari bunyi bising, getaran dan kekasaran (NVH). Ia sebuah model yang lebih nilai dan berbaloi dimiliki kerana praktikal, tahan lazak dan mempunyi ciri keselamatan yang mantap serta keselesaan di bahagian kabin.  Harga bermula dari RM35,590.29 atau RM390 sebulan tanpa insurans dan mampu dimiliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Bersempena Sambutan Tahun Baru Cina, Proton juga  menawarkan ganjaran kepada para pelanggannya dengan harga diskaun* untuk semua model Proton, sehingga RM500* untuk Exora, sehingga RM1,000* untuk Saga, sehingga RM1,000* untuk Persona, sehingga RM5,000* untuk Iriz, dan sehingga RM13,888* untuk Perdana.

Para pelanggan juga mengunjungi mana-mana pusat servis Proton yang diiktiraf untuk pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma** sebelum memulakan perjalanan jauh.


Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Proton Customer Care di 1800 888 398 atau e-mel [email protected]. Pelanggan juga boleh melawat www.proton.com atau halaman Facebook rasmi www.facebook.com/ProtonCarsOfficial.

Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang tersedia melalui Google Play dan Apple App Store.

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Diskaun berbeza mengikut model. Promosi sah sehingga 28 Februari 2018.
**Tertakluk kepada terma dan syarat. Promosi sah sehingga 24 Februari 2018.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu…
Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…