Jualan meningkat, Perodua yakin capai 202,000 unit tahun ini

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat kenderaan nombor satu negara, Perodua telah menjual sebanyak 99,700 unit kenderaan dalam enam bulan pertama tahun ini.

Ia adalah peningkatan sebanyak 2.4 peratus berbanding dengan jualan sebanyak 97,400 unit tahun lalu dalam tempoh yang sama.

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, pihaknya menjangka jumlah jualan kenderaan keseluruhan negara (TIV) dari Januari ke Jun tahun ini akan mencapai 284,200 unit.

"Ini bermakna pegangan pasaran untuk Perodua ialah 35.1 peratus setakat ini," ujar Aminar.

Pecahan jualan produk Perodua untuk enam bulan pertama tahun ini ialah seperti di bawah: 

  • Axia: 32,600 unit
  • Bezza: 28,300 unit
  • Myvi: 24,000 unit
  • Alza: 14,700 unit

Kesemua model Perodua menjuarai jualan dalam segmen masing-masing.

 

Perodua Axia

 

Aminar menambah bahawa mengikut kajian Perodua, jumlah jualan industri telah meningkat sebanyak 2.3 peratus, iaitu dari 275,500 unit dalam enam bulan pertama tahun lalu naik kepada 284,200 unit pada tempoh yang sama tahun ini.

"Peningkatan jualan dalam separuh pertama tahun ini ialah hasil kempen jualan yang agresif dari semua pemain dan juga kerana pelancaran model-model terbaharu."

"Selain dari itu, banyak syarikat yang memberikan diskaun dan tawaran untuk model-model tahun 2016," menurut Aminar.

 

Perodua slide 1

 

"Walaupun ada peningkatan dalam jualan, kami merasakan cabaran yang akan datang ialah dari syarat-syarat pinjaman yang semakin ketat. Kebanyakan pelanggan Perodua ialah dari golongan pembeli pertama dan itu adalah cabaran terbesar kami," tambahnya.

Menurutnya lagi, Perodua tahun ini akan memberi fokus kepada produk-produk sediada dengan mengadakan promosi untuk pelanggan.

"Pelan perancangan untuk meningkatkan mutu khidmat selepas jualan Perodua pula akan memberi penekanan terhadap kepuasan pelanggan dan untuk memberikan pengalaman pemilikan terbaik untuk pelanggan," ujar Aminar.

 

Perodua Myvi SE

 

Perodua juga mengadakan kempen istimewa untuk Myvi yang menjanjikan pulangan tunai (cash rebates) sehingga RM7,500. Ia adalah sempena sambutan ke atas populariti model tersebut dan juga mungkin untuk menghabiskan unit-unti Myvi yang sedia ada sebelum yang baharu dilancarkan kelak.

"Orang awam juga dijemput untuk menyertai sambutan Myvi yang ke-12 tahun di mana ada hadiah-hadiah seperti wang tunai sehingga RM12,000," terang Datuk Zahari Husin, Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd.

Aminar kemudian mengumumkan bahawa Perodua mensasarkan jualan untuk tahun 2017 sebanyak 202,000 unit.

Tahun lalu, Perodua mencapai jumlah jualan sebanyak 207,100 unit.

Untuk khidmat lepas jualan, sebanyak 1.02 juta kenderaan telah melawati pusat servis Perodua untuk enam tahun pertama tahun ini.

 

Perodua Bezza Careta

 

Ia adalah peningkatan sebanyak 1.2 peratus berbanding dengan tahun lalu.

Dari segi eksport, Perodua telah mengkesport sebanyak 1,854 unit kenderaan ke enam negara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Sebanyak lapan unit Bezza di jual di Mauritius dan 79 unit di Sri Lanka.

Dari segi pengeluaran, kilang-kilang Perodua telah menghasilkan 96,600 kenderaan untuk separuh pertama tahun ini dan dijangka akan menghasilkan sebanyak 197,000 pada akhir tahun nanti.

 

perodua Slide 2

 

Perodua Slide 3

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…